Header Ads

‘Keselamatan Keluarga Diancam,’ Gadis Usia 17 Tahun Dipaksa Berkahwin Dengan Suami Orang Yang Juga Merupakan Ketua Polis Berusia 47 Tahun..



Hari perkahwinan dengan pasangan tercinta pasti menjadi detik paling membahagiakan bagi setiap pasangan pengantin lelaki mahupun perempuan. Tetapi berlainan sekali yang terjadi kepada pengantin perempuan yang cantik dan manis ini.


Pada hari perkahwinannya, wajahnya dipancarkan dari hati supaya tidak merelakan diri untuk mengukir senyuman. Setelah diketahui sebab dan alasannya, pasti ramai orang terutama anak muda yang berada di luar sana akan merasa geram, simpati dan kasihan dengan pengantin ini.

Inilah gadis remaja yang berusia 17 tahun bernama Kheda Goilabiyeva.


Pada hari perkahwinannya, Kheda hadir dengan berpakaian gaun pengantin berwarna putih yang sangat cantik dan anggun. Akan tetapi jika diperhatikan, wajahnya terpancar satu riak seperti terdapat suatu kekurangan.


Gadis remaja ini tidak mampu mengukir senyuman walaupun sedikit. Tiada senyuman kebahagiaan dan seri yang terpancar di wajah pengantin remaja ini.


Dan pengantin lelakinya ialah seorang Ketua Polis Chechen bernama Nazhud Guchigov yang berusia 47 tahun. Kheda Goilabiyeva telah dipaksa berkahwin dengan lelaki berusia hampir separuh abad ini.


Ketua Polis yang amat berpengaruh di bandar Grozny ini sudah beristeri dan mempunyai seorang anak lelaki yang lebih tua dari usia Kheda.


Kheda pula yang baru berusia 17 tahun, terpaksa menerima untuk berkahwin dengan lelaki yang boleh dianggap seperti bapanya. 

Siapa sahaja yang mampu tersenyum dengan kerelaan sekiranya dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki tua yang bukan menjadi pilihan dan kesukaan hati sendiri.



Apa yang menjadikan perkara ini lebih mengejutkan, perkahwinan ini sebenarnya telah dipaksa oleh Nazhud sendiri. Nazhud telah menggunakan kuasanya dengan mengancam keluarga Kheda.

Ibu bapa Kheda dan keluarganya telah dipaksa menyerahkan Kheda untuk menjadi isterinya. Sekiranya mereka enggan, Kheda akan diculik dan dilarikan dengan keluarga Kheda akan menanggung semua akibatnya kerana tidak memberikan kerelaan dan kebenaran.


Nazhud Guchigov yang merupakan sekutu kuat Ramzan Kadyrov, pemimpin tertinggi Chechen yang bersekutu dengan Rusia telah memutuskan untuk mengambil Kheda sebagai isteri keduanya setelah melihat anak gadis yang cantik ini buat kali pertama.


Ibu bapa dan keluarga Kheda sebenarnya tidak bersetuju dengan perkahwinan ini tetapi kemudian mereka telah diancam dan diugut.


Kheda terpaksa berkorban diri dengan menjadi isteri Nazhud demi menjaga keselamatan diri dan ahli keluarganya. Akhirnya segala kemahuan dan ancaman Nazhud ini terpaksa dipenuhi tanpa kerelaan hati sendiri. Atas sebab ini adakah patut Kheda mengukir senyuman walaupun sedikit di hari perkahwinannya?


Ketika Kheda ditanya dalam upacara pernikahan di pejabat pendaftaran, “Adakah kamu bersedia menerima Nazhud Guchigov sebagai suami kamu?” sebanyak tiga kali, Kheda menunduk, murung dan tidak menjawab sehingga akhirnya terpaksa menyatakan, “Bersedia…” dengan hati yang sangat berat.


Selepas berita ini tersebar di media sosial, ramai netizen yang menjadi marah dan geram dengan tindakan Nazhud yang sangat mementingkan diri sendiri dan menyalahguna kuasa.


Kerajaan Chechen berkata perkahwinan ini tidak menyalahi undang-undang Islam kerana Kheda bukan lagi di bawah umur dan sudah mencapai usia untuk berkahwin. Dan menurut undang-undang Islam, poligami adalah dibenarkan.


Namun begitu, itu bukan menjadi permasalahannya. Masalahnya, Nazhud telah memaksa anak gadis remaja tidak bersalah ini untuk menjadi isterinya dengan tanpa kerelaan diri sendiri, malahan telah diugut untuk menculik dan membawanya pergi dari ahli keluarga sendiri.


Kasihan kepada anak gadis remaja ini yang menjadi mangsa kekejaman pemimpin yang telah menyalahguna kuasa untuk merampas keamanan dan hak kehidupan orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Sekiranya anda menjadi Kheda, mampukah anda membuat diri untuk mengukir senyuman dan gelak ketawa setelah diperlakukan dengan sebegini rupa?

Kredit imej : AP/ Sergey Ponomarev/ East 2 West

No comments

Powered by Blogger.