Header Ads

‘Kekurangan Bekalan Makanan Akibat Sekatan Antarabangsa.’Gambar Tentera Korea Utara Kelaparan Keluar Cari Makan Dan Rampas Hasil Tanaman Orang Awam Tersebar..



Sekeping gambar tersebar baru-baru ini yang menunjukkan beberapa orang anggota tentera Korea Utara yang kelaparan sedang merayau di kawasan ladang jagung dan merampas hasil tanaman tersebut daripada orang awam.

Image result for Kim Jong Un laugh
Caption: Kita dan padi yang menguning, kau ado?


Situasi tersebut dipercayai berpunca daripada keputusan pihak atasan tentera negara tersebut yang memberi masa selama sebulan kepada anggota bawahan mengumpul makanan dari seluruh negara.



Gambar yang didakwa diambil di wilayah Ryanggang diterbitkan oleh sebuah agensi berita Daily NK, yang berpangkalan di Seoul, Korea Selatan.

''Pegawai-pegaeai tentera Korea Utara tahu benar bahawa askar mereka perlu mengisi perut untuk mengekalkan moral, dan resin makanan seperti jagung hanya membekalkan sedikit kalori sahaja dan boleh mematahkan semangat anggota tentera rejim tersebut,'' kata satu sumber dari Utara Ryanggang kepada Daily NK.

Malah, keadaan anggota tentera Korea Utara yang daif mengundang perasaan simpati daripada orang awam walaupun anggota tentera tersebut bertindak merampas hasil tanaman mereka sebelum ini.


Kekurangan bekalan makanan di negara tersebut didakwa berpunca daripada sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atas regim pimpinan Kim Jong Un selain faktor musim tanaman yang tidak menjadi dan cuaca kering.

''Walaupun harga beras tidak mengalami peningkatan yang ketara di pasaran, namun ramai yang bimbang jika sekatan antarabangsa berterusan, ia boleh memberi kesan yang lebih teruk tidak lama lagi,'' kata satu sumber yang lain pula.

Dalam tempoh masa dua bulan yang lepas, dua orang askar Korea Utara berpaling tadah dan melarikan diri ke Korea Selatan. Malah, salah seorang daripadanya dikesan mempunyai masalah cacing parasit sepanjang 11 inci di dalam perut.


Pada Ogos tahun lepas, ada laporan yang mendedahkan bahawa Pyongyang membenarkan anggota tentera mereka untuk keluar dan merampas hasil tanaman daripada orang awam.

Dengan perbelanjaan negara dikhususkan untuk pembangunan senjata dan pertahanan negara, anggota tenteranya pula terpaksa bergantung kepada resin makanan tidak berkhasiat untuk bertugas, hingga memaksa mereka merampas hasil tanaman orang awam untuk dijual.

Related image
Amboi, gembiranya dia, pak cik tu dah kenapa macam nak menangis? Haha

''Anggota tentera yang masih muda dan tidak tahan menanggung kelaparan sering kali mengambil peluang untuk mencuri bahan makanan dari orang awam. Malah, perbuatan mereka disokong oleh pegawai-pegawai atasan.

''Pegawai-pegawai ini mengarahkan anggota bawahan mereka untuk keluar mencari bahan makanan di ladang-ladang jagung milik orang awam setiap kali lepas latihan kerana mendakwa perang semakin dekat.

''Malah, mereka diugut dengan kata-kata 'Jika kamu masih lemah walaupun dibenarkan keluar mencari makan, kamu akan menghadapi kesulitan'' kata satu sumber lain dari wilayah utara Hamgyong.




Sumber : Daily Mail

No comments

Powered by Blogger.