Header Ads

Kanak-Kanak Ini Tetap Gigih Ke Sekolah Dengan Berjalan Kaki Sejauh 4.5KM Setiap Hari Dalam Suhu Sejuk -9 Celcius Hingga Rambut Keras Membeku..



Seorang murid lelaki di China berjaya menyentuh hati netizen selepas gambar rambutnya yang membeku sewaktu dalam perjalanan ke sekolah tular di media sosial.

Murid tahun tiga Sekolah Rendah Zhuanshanbao ini terpaksa berjalan sejauh 4.5 kilometer dalam cuaca sejuk dengan hanya berpakaian nipis sehingga menyebabkan rambutnya mengeras seperti titisan air membeku.


Gambar rambutnya membeku itu tular di media sosial dan kejadian berlaku selepas dia berjalan selama lebih sejam ke sekolahnya di Shaotong, wilayah Yunnan, apabila suhu tiba-tiba menurun menjadi -9 darjah Celcius, pagi semalam




Kanak-kanak ini bersungguh-sungguh meredah cuaca sejuk melampau bagi menduduki peperiksaan di sekolahnya yang bermula semalam.


Menurut laporan, kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan neneknya serta adik beradiknya yang lain kerana kedua ibu bapanya bekerja di bandar.




Menurut Guru Besar sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Fu, kanak-kanak itu terpaksa berjalan kaki hampir sejam setiap hari untuk ke sekolah berikutan lokasi rumahnya yang terlalu jauh.

Lebih malang lagi, bilik darjah tiada alat pemanas.

Menurut Fu, peperiksaan akhir sekolah bermula semalam dan beliau terkejut apabila murid itu tiba di sekolah dengan rambut dan keningnya diselaputi ais.


“Namun, dia kelihatan comel, malah membuat muka kelakar di depan rakan sebaik memasuki kelas,” kata Fu.

Jelas Fu lagi, murid itu pintar, terutama dalam mata pelajaran matematik.

Gambar kanak-kanak itu tular di media sosial membuatkan ramai pengguna sebak melihat kesungguhannya belajar dan menyatakan sokongan terhadapnya.

Sumber- Dailymail

No comments

Powered by Blogger.