Header Ads

Honor 7X. Adakah Berbaloi Untuk Anda Beli?? Ini Jawapannya.


Sekiranya anda adalah peminat tegar smartphone pastinya tidak akan melepaskan peluang setiap kali ada kemunculan koleksi yang terbaru. Honor pastinya tidak akan mengecewakan kerana sentiasa ada pembaharuan yang dinanti nantikan oleh peminat mereka.

Dengan mengekalkan konsep yang sama iaitu dual lense camera, Honor kembali lagi dengan smartphone Skrin Fullview dan juga dual kamera iaitu Honor 7x tahun ini.

Sebelum ini, Honor 8pro merupakan smartphone pertama yang lebih focus kepada mereka yang gemar kepada games malah dalam masa yang sama, Honor 8pro bekerjasama dengan Mobile Legend yang memberikan pengalaman yang luar biasa kepada peminat gamers di luar sana.

Pada 5 disember 2017, Honor mengadakan majlis pelancaran di London dan memperkenalkan dua smartphone terbaru yang cukup hebat sekali.

Kini, Honor 7x telahpun dilancarkan di Malaysia pada 12 Disember 2017 lepas dan pastinya anda tidak sabar untuk memiliki Honor 7x ini.


Honor 7x.. Adakah berbaloi untuk anda miliki?

Honor 7X merupakan smartphone dengan skrin 18:9 dengan aturan dual kamera di bahagian belakangnya. Manakala kamera hadapan pula mempunyai skrin bersaiz 5.93 inci yang mana pada smartphone lain skrin hanya bersaiz 5.5 inci sahaja.

Dengan paparan fullview HD (2160x1080 pixels), Honor 7x memberikan pengalaman yang lebih hebat terutama dengan sudut tontonan yang lebih baik selain warna paparan yang lebih cerah dan menonjol. 

Menariknya, fungsi kamera Honor 7X ini telah dikemaskini dengan sensor yang lebih baik malah gambar untuk berselfie pun lebih cantik daripada keluaran sebelum nya. 


Dengan kamera dual 16MP + 2MP membolehkan anda mengambil gambar dengan kualiti yang sangat bagus. Hadir dengan Phase Detection Auto Focus (PDAF), Honor 7x ini membolehkan anda menangkap gambar dengan fokos selaju 0.18 saat. Digabungkan dengan (F/0.95-F/16), Honor 7X menjadikan peminat mereka seperti memiliki sebuah kamera DSLR.

Honor 7X juga dikuasai oleh cip Kirin 659 dengan CPU Octa-Core dan juga membawakan 4GB RAM serta variasi memori sehingga 256GB di mana anda boleh menyimpan data sebanyak mungkin terutama bagi mereka yang gemarkan drama bersiri.

Peranti ini juga dilengkapi dengan EMUI 5.1 di mana dengan adanya fungsi ini di dalam Honor 7x membolehkan anda mengakses lebih banyak aplikasi yang diingini dengan cepat.

Walaupun Honor 7X ini hadir dengan Skrin yang fullview namun dengan bateri 3,340 mampu memberikan tempoh masa sehingga 1 hari. Dengan Ultra Power Saving Mode, pengguna kini boleh menikmati rancangan kegemaran tanpa risau bateri tidak tahan lama.   Ketahui lebih lanjut di sini


No comments

Powered by Blogger.