Header Ads

Digelar ‘Perempuan Melayu Sundal’.Zulin Aziz Terkilan Dan Sedih Dengan Komen Netizen..


Pelakon dan penyampai radio, Zulin Aziz kesal apabila digelar sundal oleh seorang wanita yang tidak pernah dikenalinya.

Menurut laporan Astro Gempak, semuanya gara-gara kenyataannya dalam artikel ‘Zulin tak kisah bermadu’ kepada Harian Metro baru-baru ini.


Kekecohan bermula apabila pengguna laman sosial Facebook (FB) dikenali sebagai Dura H**** berkongsi artikel tersebut dengan menulis kapsyen ‘Perempuan Melayu Sundal’.


Zulin yang terguris kapyen ditulis wanita tersebut kemudiannya membalas di akaun FB dan telah mendapat sokongan para peminat.

“Saya bukan tahu jodoh saya dengan siapa...Kalau saya cakap tak nak nanti, itu yang saya dapat...Sebab itu saya redha je lah, itu pun kena kecam.


“Ada yang salah ke ayat saya tu? Tang mana yang salah?,” tulisnya merujuk kepada posting dibuat wanita tersebut.


Bagaimanapun, menerusi sebuah komen, wanita tersebut mendakwa akan menyaman Zulin yang dianggapnya sebagai pembuli siber.

Wanita itu juga mendakwa sudah membuat laporan polis terhadap Zulin.


Bagaimanapun Zulin tidak gentar dengan komen wanita tersebut dan mendakwa ada komen-komen lain yang lebih dasyat ditulis serta ditelah di ‘screenshot’.


Sementara itu di akaun Instagram Zulin turut memberitahu dia telah memadam beberapa posting atas nasihat peguam dan pengurusnya.



Sumber:  Astro Gempak,

No comments

Powered by Blogger.