Header Ads

Demi Menyelamatkan Kucing-Kucing Milik Tuannya Dari Dibaham Ular Sawa, Anjing Ini Sanggup Bergelut Dengan Ular Sawa Hingga Cedera Parah..


SEEKOR anjing bernama Tang menjadi tajuk berita dalam media Thailand selepas menunjukkan keberaniannya melawan seekor ular sawa untuk menyelamatkan sekumpulan kucing di kediamannya di wilayah luar bandar Ang Thong, menurut pemiliknya.

Pemilik Tang, yang hanya dikenali sebagai Panisara, 38, berkata, Tang, 3, menyalak dan gelisah di belakang rumahnya pagi ini menyebabkan dia terpaksa keluar untuk melihat apa yang berlaku.


Apabila diperhatikan betul-betul, dia melihat Tang sedang menyalak terhadap seekor ular sawa berukuran lima meter yang tersembunyi di sebuah pokok dan Tang mempunyai beberapa kesan luka di mukanya, dipercayai akibat bergelut dengan ular tersebut.


Tang mempunyai kesan luka di bahagian muka, dipercayai akibat bergelut dengan ular sawa. -fotoSanook

Panisara mengesyaki bahawa ular itu datang ke rumahnya untuk makan kucing-kucing peliharaannya, kerana ini bukan pertama kali ular dilihat di rumahnya.

Sebelum ini dia dan teman lelakinya terpaksa melawan seekor ular untuk melepaskan seekor kucing dari cengkamannya.


"Ular itu membelit badan seekor kucing, jadi saya dan teman lelaki perlu menyelamatkannya. Ini ular kelima yang datang ke rumah kami."

Oleh kerana seekor kucing telah hilang, Panisara mengesyaki bahawa ia sudah dimakan ular sawa itu sebelum Tang melihatnya dan seterusnya melawan ular tersebut.

Para sukarelawan penyelamat dipanggil untuk menangkap ular sawa itu dan Panisara memutuskan untuk meletakkan kucing-kucing di dalam rumah, lapor Sanook.



No comments

Powered by Blogger.