Header Ads

''Bila Nak Pergi Kerja, Saya Meniarap Dulu Main Kereta-Kereta Ni," Ustaz Kazim Cerita Tentang Hobinya Buat Netizen Geli Hati..



Kepesatan teknologi masa kini membuatkan rata-rata masyarakat lebih tertumpu dengan barangan elektronik mahupun gajet sebagai hobi seiring peredaran zaman.

Namun begitu, masih ada lagi segelintir daripada kita yang masih setia dengan hobi mengumpul barang seperti koleksi stem, barangan antik dan koleksi edisi terhad permainan. Walaupun hobi mengumpul ini melibatkan kos yang agak tinggi tapi kepuasan yang dirasakan para pengumpul ini luar biasa serta mampu menghilangkan stress bekerja.


Perkara ini diakui penceramah tersohor Malaysia, Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias yang berkongsi koleksi kereta mini miliknya menerusi akaun Facebook beliau pagi tadi. Daripada komen pengikut beliau rata-rata tidak percaya bahawa Ustaz Kazim meminati hobi mengumpul seperti itu. 

Sebagai seorang yang disegani, Ustaz Kazim tidak malu berkongsi dan terlihat sebagai seorang yang kelakar dengan caption post Facebooknya yang geli hati.


"Hobi.. tak dapat yang betul dapat yang comel-comel pun cukup la.. bila nak pi kerja saya akan main dulu.. sambil meniarap kemudian main kereta-kereta ni. Kalau balik rumah pagi-pagi buta pun saya ambik kereta yang ada lampu punya, main kat lantai.. best sangat, rasa nak makan-makan je kereta-kereta ni...geram!"














Kredit: Siakapkeli

No comments

Powered by Blogger.