Header Ads

“Yang Sedihnya, Rasa Geram Dan Sakit Hati Ada La Kami Keluarga-Keluarga Peneroka Felda Yang Berjuang Bertahun Lamanya To See All This Come To This Level.” Chef Wan.



KUALA LUMPUR: “Yang sedihnya, (yang) geram dan sakit hati adalah kami keluarga peneroka-peneroka Felda yang berjuang bertahun lamanya,” jelas chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan lapor Astro Awani.

Beliau yang merupakan generasi kedua Felda turut mengingatkan orang ramai agar jangan mudah terima bulat-bulat apa-apa maklumat yang disampaikan.


Dalam catatan terbaharu di laman Instagram beliau, Chef Wan berkata, seharusnya orang ramai menggunakan akal fikiran untuk menimbang baik dan buruk sesuatu cerita yang ditimbulkan, bukan terus percaya dengan semberono sahaja.

This also so funny bila kita baca mcm la kisah T shirt PM tu. Bila kita comment ni semua bukan la kita niat tak baik apa yg kita baca. Nak sensasi kan berita2 mcm ni pun sudah tak guna lagi as Nasi sudah pun menjadi bubur. There nothing to highlight pun as everyone is well informed of everything in the media these days. There no need to even infuenced anyone with our opinion as kita masing ada otak dan berpelajaran sudah pasti boleh menimbang kan segala cerita yg buruk atau pun di sebaliknya. The truth is always the truth. Yang sedehnya, rasa geram dan sakit hati ada la kami keluarga2 Peneroka2 Felda yg berjuang bertahun lamanya to see all this come to this level. Dont u think we have the right to feel bitter and betrayed? All that trust semuanya habis hanyut ke laut and dont come and tell me that i dont have the right to feel angry and depressed to see segala pengorbanan my late father or even me as a remaja in my Felda days? We all went to all that shit hole to suffer and not all that manusia yg pandai buka mulut to defend all this shit and worst all those thieves that deserved to be brought to justice and punish to save this country image yg sangat memalu kan. Give me one good reason why as anak Felda saya tidak rasa kecewa dgn segala apa yg sudah terjadi dan bersuara?
A post shared by chef wan (@chefwan58) on

“Tiada apa untuk diberi penekanan kerana semua sudah sedia maklum mengenai isu yang sudah dilaporkan di media sejak akhir-akhir ini. Perkara yang benar tetap benar,” kata chef berusia 59 tahun itu.

Dalam pada itu, beliau, yang juga merupakan anak peneroka Felda, melahirkan kekecewaan atas isu dan kontroversi yang melingkari agensi itu.


“Beri saya satu sebab kenapa sebagai anak Felda saya tidak rasa kecewa dengan segala apa yang sudah terjadi (kepada Felda) dan bersuara?” soalnya lagi.

Chef Wan memuat naik isu berkenaan dalam akaun Instagramnya ketika Felda dilanda krisis terbaru melibatkan urusan penjualan asetnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang percaya berlaku penipuan dalam proses pertukaran hak milik tanah itu dilaporkan sudah membuat laporan polis.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad merupakan individu penting dalam siasatan kes ini akan dipanggil pada minggu depan.

Dalam pada itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut menggesa lebih banyak pihak tampil membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes berkenaan.

Sumber: Astro Awani.

No comments

Powered by Blogger.