Header Ads

Wow! Star Wars Keluar 'Matawang Kertas' Sendiri Sempena Ulang Tahun Ke-40..



LONDON: Peminat tegar Star Wars berpeluang memiliki matawang sendiri apabila Disney dengan kerjasama pengeluar wang kertas De La Rue bakal mengeluarkan matawang Star Wars.

Image result for banknotes star wars release

Wang kertas istimewa itu adalah hadiah kepada peminat Star Wars sempena sambutan ke-40 tahun saga futuristik itu.


Wang kertas itu bagaimanapun tidak laku untuk diniagakan dan ia hanya sebagai cenderamata kepada peminat.



Menurut Pengarah Kreatif De La Rue, Julian Payne, paparan wang kertas itu mewakili intipati filem terbaru saga Star Wars, "The Last Jedi" iaitu unsur kebaikan dan kejahatan.

Some of the hidden imagery only visible under a UV light

Sisi depannya memaparkan imej Rey dan Luke Skywalker, serta Millennium Falcon, manakala sisi belakang Snoke dan Kylo Ren.


Angka "8" juga diletakkan di beberapa bahagian wang kertas itu secara berulang-ulang, sempena episod kelapan saga Star Wars.

Star Wars bank notes

Wang kertas Star Wars akan dipasarkan di ebay.co.uk, dengan hasil kutipannya didermakan kepada Together for Short Lives, badan kebajikan berpengkalan di Britain yang membantu kanak-kanak tidak bernasib baik serta kurang keupayaan.

Sumber: Astro Awani

No comments

Powered by Blogger.