Header Ads

(VIDEO) "Saya Mengaku.Saya Dedak, Saya Macai Kepada UMNO.Apa Masalahnya? Jangan Ditanya Berapa Saya Dapat.Yang Penting Saya Bukan Munafik!"- Dedah Azwan Ali..


KUALA LUMPUR: Selebriti popular Azwan Ali tidak menafikan dirinya adalah dedak kepada Umno lapor Sinar Harian.

"Saya mengaku.... saya dedak, saya macai kepada UMNO.

"Apa masalahnya? Jangan ditanya berapa saya dapat.. yang penting saya bukan munafik," katanya secara eksklusif kepada Sinar Online.


Walaupun begitu, Azwan berkata, apa yang diceritakan kepada umum adalah perkara benar tanpa berselindung.

"Saya memang kritik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau tidak jujur lagi-lagi dalam hal keluarga.

"Saya tak takut. Saya cakap benda betul. Kerana dia saya tak dapat apa-apa 'job'. Sebelum ini saya bersama dia berkempen.


"Tapi, apa saya dapat. Sebab tu saya sebak bila cerita kepada wartawan masa sidang media sebelum ini," ceritanya.

Image result for Azwan Ali Ikrar Jatuhkan Azmin Ali

Jelasnya, sikap abangnya itu membuatkan Azwan sudah tidak mampu berdiam diri lagi.

"Selama bersama dia (Azmin), apa kerja yang saya dapat? Semua media banned saya. Sebab saya bersama pembangkang.


"Sekarang, saya tak boleh senyap lagi. Tindakan dia melampau," katanya.

Krisis adik beradik ini kembali hangat apabila Azwan hadir bersama Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Mohd Yunus dan mengkritik Azmin.

VIDEO:


2 comments

Data Upload said...

Kerja bertuhankan manusia semata... subhanallah..

ita said...

Nate sotong gila dgn adik bradik pn gaduh

Powered by Blogger.