Header Ads

(VIDEO) Sanggup Pakai Telekung Untuk Menyamar Jadi Wanita Kemudian Berpura-Pura Solat Subuh Di Saf Belakang Semata-Mata Untuk Mencuri Beg Tangan Jemaah Wanita Lain..



KUALA NERUS: Seorang lelaki sanggup menyamar sebagai jemaah wanita dengan mengenakan telekung dan solat Subuh bersama-sama, sebelum melarikan beg tangan seorang jemaah, semalam lapor BHarian.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu di Masjid Wakaf Tembesu, di sini, tindakan suspek berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.

Penyelia masjid, Mohd Sukhri Hashim, berkata rakaman CCTV itu memperlihatkan suspek yang memakai telekung memasuki ruang solat wanita dan berpura-pura solat di saf belakang.


"Bagaimanapun, sebaik jemaah wanita sujud selepas selesai bacaan doa Qunut, suspek berkenaan dengan pantas mencapai beg tangan jemaah wanita di saf di hadapannya.

"Suspek yang dipercayai warga tempatan itu kemudian terus melarikan diri menaiki sebuah kereta PERODUA Myvi bersama seorang lagi rakannya yang menunggu di luar kawasan masjid," katanya ketika ditemui, hari ini.


Mohd Sukhri berkata, jenayah curi beg tangan jemaah itu adalah yang tiga berlaku di masjid berkenaan tahun ini.

Katanya, kejadian itu menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM1,000 termasuk sebuah telefon bimbit dan wang tunai. Bagaimanapun, mangsa tidak membuat laporan polis.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.