Header Ads

(VIDEO) Padah Bercinta Dengan Isteri Orang Di Aplikasi Cari Jodoh, Lelaki Ini Dibelasah Oleh Suami Kekasih Kemudian Diikat Pada Sebatang Pokok..


PELBAGAI kemungkinan boleh berlaku bila asyik bercinta di alam maya.

Di China, seorang lelaki sanggup menempuh perjalanan 700 batu dari pusat bandar China ke Yunnan hanya untuk bertemu dengan kekasih hatinya, Duan, yang dikenali menerusi satu aplikasi mencari pasangan di sana.

Namun, rancangan lelaki yang hanya dikenali sebagai Liu itu berakhir dengan mimpi ngeri apabila suami kepada kekasihnya itu muncul bersama beberapa rakannya.


Pertemuan yang diatur di Fuyuan itu bertambah parah apabila suami Duan dan empat rakannya bertindak memukul Liu.

Bukan setakat dipukul, malah Liu turut diikat pada sebatang pokok di kawasan orang ramai.

Aksi Liu dipukul suami Duan dan rakan-rakanya juga dirakam dan menjadi tular di China.


Suami Duan dilaporkan tidak mampu mengawal amarahnya apabila mendapat tahu isterinya secara rahsia bercinta dengan lelaki lain di alam maya.

Jadi pengajarannya, jangan sesekali bercinta dengan suami atau isteri orang ye. Yang isteri pun jangan la turut sama 'merenyam' sama, jaga diri tu elok-elok. Orang laki ni tak nampak 'luak'. Yang perempuan ni je yang akan nampak luak, habis-habis 'membusung' perut tu 9 bulan 10 hari, si jantan tu pun entah ke mana, dia nak buat hang 'spare part' je aih, tak payah lah nak termakan sangat puji-pujian ayat gula-gula si jantan.

Amboi! pantang kena puji, melangit, melayang hang ya. Lapar pujian sangat ka hang ni? Orang lain lapar makan nasik, hang lapar makan puji, kejadahnya tu Lijah oi. Hasil kenyang makan pujian, dapat 'baby' la hang, kesian baby tu tak tahu bapak, lepastu,muncullah berita, baby dijumpai dalam semak la, ditinggalkan dalam kotak la, Astaghfirullah! Hang tak kesian ka kat baby tu? Orang lain makan tahun nak anak, hang elok-elok je pergi campak merata, macam teran berak sembelit pulak hang ni, tak sakit ke?

Jadi pesanan untuk para wanita, cuba lah elak kalau kawan-kawan lelaki yang cuba melebih-lebih dengan korang, kalau mereka ajak untuk keluar makan konon-konon belanja kawan-kawan, angkut laki hang sekali, konon baik sangat nak belanja kan, nak buat amal sangat kan, angkut sekali 1 office.  Lama-lama orang laki pun bosan. Orang laki pun malas nak layan kalau yang perempuan tu tak merenyam dan bagi respon, biar lah orang lelaki kata sombong pun, asalkan maruah hang dan laki hang terjaga sama. Bukan ape, sekarang banyak sangat kes suami orang keluar makan-makan dengan isteri orang (konon-konon sebagai kawan sekerja) lama-lama luah masalah rumahtangga, lepastu makin serasi dan selesa sesi luah perasaan, tiap hari melayan Whatsapp, lama-lama ke ranjang, si isteri orang tu 'terbunting' anak rakan office, lepastu 'binkan' laki sendiri. Kau kenapa? Tak fikir dosa langsung ke? Tak fikir azab Allah? Laki hang tak tahu, tapi Allah tu sentiasa tahu. Tak takut??

Panjang pulak #adminSenah membebel, (nasihat). Orang laki ni kau anggap macam 'kucing',  perempuan lak macam 'ikan'. Kucing bukan tahan tengok ikan menggeletis depan dia, kalau tak makan pun, dia buat-buat menikus, tak pun dia gigit sampai mati, kalau kucing jenis makan friskies, yang taat pada tuan dia tak apa la, (kategori suami mithali) sebab tu lah orang tua-tua dulu gunakan peribahasa perangai 'alim-alim kucing'. Ada peluang depan mata, dia cuba je. So, kepada para suami, isteri, masing-masing mohon jaga mata, hati, perilaku, ingatlah pada anak-anak kita sendiri,  jika terfikir nak buat maksiat atau curang, mohon pesan pada diri, "Apa yang aku rasa kalau orang lain buat macam ni juga pada anak aku?."

Kifarah ni tak semestinya kena kat diri kita balik tau, kadang-kadang kena pada adik beradik kita, ahli keluarga, anak-anak, cucu-cucu, sanggup ke kau tengok? Ikhtiarlah, jaga dan ubah diri kita dahulu sebelum ubah diri orang lain. okeyh penat dah, lain kali sambung lagi.

ok nah bye.

#adminSenah #bukanMakcikBawang #bukanUstazahPesbuk 

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.