Header Ads

(VIDEO) “Padah Aksi Bodoh.” Remaja Lelaki Nyaris Maut Apabila Kepalanya Terperangkap Dalam ‘Microwave’..



GURAUAN tidak bertempat untuk disiar di YouTube menyebabkan seorang remaja lelaki nyaris maut apabila kepalanya terperangkap dalam ketuhar gelombang mikro di di Wolverhampton, Britain.

Sebelum itu, dia dikatakan cuba membuat acuan kepala menggunakan campuran plaster dan ketuhar berkenaan untuk rakaman yang akan disiarkan di YouTube.


Menurut laporan Daily Mirror yang memetik Birmingham Mail, aksi bodoh itu bagaimanapun menyebabkan remaja terbabit terperangkap apabila campuran plaster menjadi keras dengan cepat.

Image result for YouTube Jay Swingler cements his head in a microwave

Anggota bomba dan paramedik terpaksa dipanggil dan mereka mengambil masa kira-kira 90 minit untuk mengeluarkan kepalanya.

Selepas mendapat nasihat daripada anggota bahagian Bantuan Teknikal, bomba menggunakan pemutar skru bagi mengeluarkan campuran plaster terbabit.


Komander Operasi Shaun Dakin berkata walaupun mungkin kelakar namun tindakan itu boleh menyebabkan mangsa sesak nafas atau mengalami kecederaan serius.


Image result for YouTube Jay Swingler cements his head in a microwave

“Dia dan rakan menggunakan tujuh beg untuk membuat campuran plaster, dituang di sekeliling kepala yang dilapik dengan plastik.


“Ketuhar itu dijadikan sebagai acuan namun tidak dihidupkan. Campuran plaster itu menjadi keras dengan cepat.

“Ketika mereka menghubungi kami,  mereka sudah pun mengambil masa sejam setengah untuk mengeluarkannya,” katanya.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.