Header Ads

(VIDEO) Lelaki Gelandangan Ini Telah Diberikan Wang RM400,000 Untuk Dibelanjakan, Dan Selepas 6 Bulan Ini Yang Terjadi..


Bagi kebanyakan orang yang biasa seperti kita, bukan senang untuk menjadi kaya. Ada orang yang dilahirkan kaya dan ada pula yang bekerja keras untuk mencapai status kaya. Berlainan sekali dengan nasib gelandangan Ted Rodrigue. Ted tidak perlu berbuat apa-apa dan terus diberikan wang untuk mendapatkan kembali landasan kehidupannya yang betul.

reversal-of-fortune

Anda pasti berasa Ted Rodrigue adalah gelandangan yang paling bertuah di dalam dunia ini untuk memulakan kembali kehidupannya bukan?


Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dalam masa enam bulan Ted telah membelanjakan kesemua wang yang diberi tanpa mendapat apa-apa manfaat untuk mengubah dirinya. Akhirnya Ted kembali menjadi gelandangan.

Ted Rodrigue adalah gelandangan yang biasa dilihat tinggal di bawah jambatan di California


Ted mengutip tin dan botol untuk dikitar semula dan dijual


Pada tahun 2005, Ted Rodrigue adalah salah seorang insan bertuah yang menjadi sebahagian dari eksperimen sosial yang dijalankan oleh Wayne Powers. Idea dari eksperimen ini ialah seorang gelandangan akan diberi wang RM400,000 dan kehidupan serta perkembangannya akan dijejaki selepas itu.


Secara kebiasaan, Ted Rodrigue akan mengutip tin dan botol untuk dikumpul dan dijual dengan purata pendapatan sebanyak RM140 dengan hasil kutipannya. Hasil dari wang tersebut Ted akan dapat membeli makanan, bir dan rokok.

Pada satu hari Ted Rodrigue menemui sebuah beg di dalam tong sampah dan secara perlahan-lahan telah membukanya


Gelandangan berusia 45 tahun ini berasa amat terkejut apabila telah melihat beg itu dipenuhi dengan wang yang banyak. Tertulis nota yang bertanya,”Apa yang akan dilakukan oleh seorang gelandangan apabila diberi RM400,000?”

Pada masa itu, Ted Rodrigue telah menyedari yang kesemua wang itu adalah kepunyaannya dan apa yang perlu dilakukan dengan wang tersebut.

Oleh kerana Ted kini memiliki wang yang banyak, dia mula membelanjakan wang tersebut dengan perkara yang terlintas di fikiran dengan sesuka hatinya.

Ted membeli sebuah basikal baru, membayar sewa motel dan membelanja rakan-rakan dengan bersuka ria di taman tema. Ted juga membelanjakan teman wanitanya, yang sebelum ini tidak pernah ditemuinya kerana mempunyai masalah kesihatan gigi dan mulut.


Semua wanita tiba-tiba begitu tertarik kepadanya dan datang bagai mengerumuni gula setelah mendengar Ted mempunyai wang yang banyak.

Kata Ted, “Ramai wanita yang menghampiri apabila saya keluar dari bar. Mereka bukan melihat diri saya tetapi hanya tertarik kepada wang yang saya miliki. Bukannya saya tidak tahu tentang itu.”

Ted Rodrigue diberikan peluang untuk memperbaiki diri dengan wang yang dimilikinya


Penerbit rancangan ini juga telah menasihatkan Ted Rodrigue untuk berjumpa dengan penasihat kewangan

Ted Rodrigue tidak berbuat begitu, sebaliknya terus berbelanja dengan boros


Beberapa minggu kemudian, Ted Rodrigue membeli sebuah kereta Dodge Ram yang berharga RM140,000


Ted Rodrigue membelanjakan kira-kira RM40,000 seminggu. Kakak Ted menasihatkan supaya dia mendapatkan pekerjaan untuk dirinya bagi memperolehi pendapatan yang stabil bersama wang tersebut, tetapi segala nasihat tidak dihiraukan.

Akhirnya, kesemua wang yang diperolehi oleh Ted Rodrigue telah dibelanjakan begitu sahaja tanpa memberi apa-apa manfaat kepada perubahan dirinya. Kesemuanya telah dibelanjakan dalam jangka masa enam bulan dan lenyap begitu sahaja.


Kini, Ted Rodrigue kembali hidup sebagai gelandangan dan tinggal di bawah jambatan yang sama seperti sebelumnya.

"Jika anda masih belum memerdekakan 'gelandangan' dalam diri sendiri, sampai bila-bila anda akan terus menjadi gelandangan, walau diberi kekayaan yang melimpah, ubah diri sendiri, baru anda akan maju"

Apa yang akan anda lakukan jika mendapat wang yang banyak seperti Ted Rodrigue?

VIDEO:


Era Baru

No comments

Powered by Blogger.