Header Ads

(VIDEO) “Kerana Saya Juga Seorang Ibu.”Jururawat Telah Melakukan Sesuatu Yang Mengejutkan Kepada Bayi-Bayi Di Hospital Ini Semasa Gempa Bumi Melanda Korea Selatan..



Pada 15 November lalu, satu kejadian gempa berukuran 5.4 skala Richter telah melanda sebahagian kawasan di selatan Pohang, Korea Selatan. Dikhabarkan kejadian ini merupakan bencana gempa bumi yang kedua terkuat pernah terjadi di negara itu.


Gegaran yang berlaku akibat gempa ini telah menyebabkan penduduk di daerah Pohang merasainya. Namun, menerusi rakaman kamera litar tertutup di sebuah hospital, satu kejadian yang amat mengharukan telah berlaku.

Sebelum gempa melanda, beberapa orang jururawat dilihat sedang menjaga bayi-bayi yang baru dilahirkan di dalam bilik nurseri.


Di dalam rakaman yang menyentuh hati ini, anda akan lihat salah seorang daripada jururawat itu telah bertindak seperti seorang wira dengan melindungi bayi yang baru dilahirkan itu.


Jururawat-jururawat ini tidak panik dengan kejadian gempa tersebut. Mereka juga tidak berusaha untuk menyelamatkan diri masing-masing dengan berlari keluar tetapi sebalikya, mereka memutuskan untuk berada di sana demi melindungi bayi-bayi ini.


Susulan gempa yang kuat itu, para ibu yang masih berada dalam fasa pemulihan turut segera berlari ke bilik bayi tanpa mempedulikan kesakitan yang mereka alami ketika itu.


Ketika ditanya oleh wartawan mengenai kejadian itu tentang mengapa mereka begitu berani dan sanggup melindungi kesemua bayi itu, salah seorang jururawat menyatakan bahawa:

“Kerana saya juga seorang ibu”.


Video ini telah disiarkan di seluruh negara dan masyarakat merasa amat tersentuh melihat tindakan mulia para jururawat ini. Walaupun berhadapan dengan bencana alam yang mampu meragut nyawa mereka pada bila-bila masa, mereka ternyata berjaya mempamerkan kemuliaan sifat manusia.


Tonton video yang sangat menyentuh perasaan di bawah.

No comments

Powered by Blogger.