Header Ads

(VIDEO) Azrul Raja Lawak Selamatkan Bayi Perempuan Yang Masih Bertali Pusat Dibuang Di Tepi Jalan..


KUALA LUMPUR: Pengacara Azrul Raja Lawak, 43, menjelaskan gambar dan video bayi yang dimuat naik di Instagram Jumaat lalu adalah bayi dibuang orang yang dikenalinya.

Azrul atau Asrul Zaidi Jamaluddin berkata, bayi itu ditemui sepupunya di Klang kemudian menyerahkan kepadanya.

“Ibu bayi itu warga Indonesia dan pernah bekerja sebagai tukang cuci di rumah sepupu saya. Dia menghubungi sepupu saya pagi Jumaat lalu selepas hampir enam tahun terputus hubungan dan meminta bantuan kerana dia hampir bersalin.


“Katanya dia tidak mahukan bayinya itu dan mahu meninggalkannya. Sekitar jam 10 pagi, sepupu saya yang berada di Selayang menuju ke kawasan tempat tinggal wanita itu di Klang dan menemui bayi yang ditinggalkan di tepi kontena.

“Keadaan bayi itu sangat menyedihkan dengan tali pusat masih terjuntai serta dihurung semut, selain ada anjing liar berkeliaran di kawasan berhampiran,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Azrul, dia membawa bayi itu ke balai polis dan melakukan prosedur sepatutnya sebelum dibawa ke hospital.

“Saya membuat laporan polis di Kinrara, tapi diminta ke Klang merujuk kawasan bayi itu ditemui. Selepas empat jam, saya dibenarkan membawa bayi itu ke hospital di Klang.


“Doktor memaklumkan bayi perempuan seberat 2.65 kilogram itu dalam keadaan sihat tetapi tali pusatnya dijangkiti kuman.

“Sehingga hari ini, bayi itu masih ditahan di wad dan akan mengikut prosedur untuk diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Azrul turut menasihatkan mereka yang terjumpa bayi terbuang supaya segera membuat laporan polis kerana ada prosedur tertentu yang harus diikuti.


Katanya, kita tidak boleh sewenang-wenangnya membawa balik dan menjaga bayi itu.

“Polis memaklumkan kalau ada apa-apa berlaku kepada bayi itu, kita boleh dipersalahkan. Sekarang banyak kes jual beli bayi berlaku,” katanya.




Aku selamatkn baby ni ats dasar kemanusiaan..bkn kerana nama..jga menjadi iktibar pada kita bila jumpa baby jgn memandai amik cmtu jer..col polis trus..sb bila kita amik trus ditpt kejadian akan jd kes lain tp pihak polis memahami situasi walaupun disoalsiasat hampir 4jam..apapun aku bersyukur dpt selamatkn baby ni smp ke tangan pihak spital..terima kasih pd tuan azam ipd serdang dan insp norliza ipd klang selatan kerana membantu..jgk kpd hosp klang kerna begitu efficient selamatkn baby ni...Status yang dimuat naik oleh Azrul di Istagram miliknya.



No comments

Powered by Blogger.