Header Ads

‘Tidur Selepas Hisap Ganja Dan Dadah.’ Ibu Tergamak Biarkan Anak Yang Berusia 3 Tahun Mati Kesejukan Di Luar Rumah..


SEORANG ibu muda di Carolina Amerika syarikat mengaku bersalah selepas dia didakwa membiarkan anak lelakinya mati akibat kesejukan pada Mac lalu.

Image result for Jamie Basinger, 24,

Jamie Basinger, 24, sebelum itu telah didakwa membunuh secara tidak sengaja dan mendera kanak-kanak di North Carolina, pada Isnin.


Memetik portal KUTV.com, mangsa, Landyn Robert berusia tiga tahun itu ditemui mati kesejukan oleh pihak polis di anjung rumah mereka di Morganton.

Image result for Jamie Basinger, 24,

Menurut laporan polis, Basinger berkata dia tidak mendengar sebarang bunyi bahawa Landyn keluar dari bilik, rumah, atau mengetuk pintu. Dia dan teman lelakinya sedang tidur ketika kejadian itu berlaku.

Related image

Tertuduh juga didapati berada dibawah pengaruh dadah dan ganja dua hari sebelum kematian anaknya.


Wanita berkenaan sebelum ini telah dipenjarakan selama 245 hari di penjara dan sedang menjalani tempoh pemerhatian.

Jika didapati melanggar tempoh pemerhatian, dia bakal dipenjara 19 bulan.

No comments

Powered by Blogger.