Header Ads

Tidak Menjual Daging Khinzir Dan Arak, Pasar Raya Halal Diarahkan Supaya Ditutup..



Sebuah pasar raya halal di Paris diarahkan tutup oleh mahkamah di Perancis kerana tidak menjual arak dan daging babi.

Sebuah mahkamah Nanterre mengeluarkan perintah itu selepas mendapati Pasaraya Mini Good Price yang terletak di Colombes itu gagal mematuhi kontrak penyewaan premis lapor The Independent.

Dalam kontrak tersebut dinyatakan bahawa pasar raya itu pelu bertindak sebagai “pasar raya umum”


“Penduduk setempat tidak mendapat perkhidmatan sewajarnya kerana kedai itu tidak menjual produk arak dan daging babi.” kata pihak berkuasa tempatan.


Menurut laporan pegawai mahkamah pula, bekalan pasar raya itu hampir semuanya terdiri daripada produk halal.

Disamping itu pula, pengurus pasar raya itu berkata, mereka menjalankan perniagaan berdasarkan permintaan pasaran tempatan.

Namun, mahkamah bertegas bekalan di kedai itu “terhad dan tidak memenuhi konsep kebaikan umum yang luas”.

Hujah yang diberi pengurus pasar raya itu disokong oleh peguamnya yang berkata, kedai itu tiada kewajipan menjual alkohol kerana ia bukan sebahagian daripada diet umum, sebaliknya ia hanya sekadar pelengkap makanan.


Mahkamah tetap mengarahkan kontrak penyewaan premis itu ditamatkan dan pengusahanya diusir.

Pengurus pasar raya itu juga diperintah untuk membayar kos guaman sebanyak €4,000 (RM19,245) kepada pihak berkuasa tempatan.

No comments

Powered by Blogger.