Header Ads

Tersentuh. Kegigihan Seorang Bapa Menjual Aiskrim Dengan Mengharungi Lautan Demi Mencari Sesuap Nasi..


Kegigihan seorang penjual aiskrim yang menjual jualannya di tengah lautan di Lian, Filipina membuatkan ribuan netizen tersentuh dan kagum dengan kesungguhan mencari rezeki sehingga terpaksa melakukan suatu perkara yang luar biasa. 

Isu kemiskinan di Filipina adalah satu perkara lumrah dan seolah-olah tiada penghujungnya.

Ramai rakyat miskin terpaksa melakukan bermacam-macam perkara dalam usaha untuk menyara keluarga masing-masing. Kita sering melihat penjual kanak-kanak menjual makanan di jalanan bagi membantu ibu bapa mereka dalam mencari nafkah. Malah, warga emas turut bekerja keras demi kelangsungan hidup.

Tetapi pernahkah anda melihat seseorang menjual aiskrim di tengah laut?

Kisah dan gambar-gambar yang dimuat naik oleh Abbey An Hernandez di Facebooknya, menceritakan betapa hatinya tersentuh melihat kegigihan lelaki berusia itu menjual aiskrimnya demi mencari sesuap nasi. Ann Hernandez dan keluarganya sedang meluangkan masa bersama dengan bercuti di sebuah pantai. Pada ketika itu, Ann telah menyedari terdapat seorang lelaki tua sedang berenang ke arah kapal mereka sambil membawa sekotak bekas menyimpan aiskrim.


"Apabila saya mula melihat dia mula menjualnya, terus saya membeli aiskrimnya," katanya. 

Perkongsian Abbey itu disukai 36,000 pengguna Facebook dan telah dikongsi semula lebih dari 37,000 kali. 





"Lebih besar maruah diri daripada orang yang merompak. Duit mahu tetapi kerja tak mahu. Harap-harap para peragut, perompak, penyamun, penipu baca kisah lelaki ini." - Marwenddy Enddy

"Semoga Allah mempermudahkan usahanya. Biarpun andai dia bukan Islam, tetapi tetap hambaNya." - Cik Zah Azizah


Subhanallah, ada orang yang lebih susah dari kita. Semoga Allah murahkan rezeki hambaNya." - Jamlos Sanip

Hargai dan bersyukurlah dengan pekerjaan kita lakukan hari ini, yang masih diberi peluang untuk bekerja berbanding mereka yang sukar mencari pekerjaan.

No comments

Powered by Blogger.