Header Ads

Terharu! Walau Penarik Beca Warga Emas Ini Hidup Dalam Kemiskinan, Tetapi Mampu Memberi Sumbangan Besar Kepada Rumah Anak-Anak Yatim Hingga Jumlah Keseluruhan RM210,630!


Andrew Carnegie, orang terkaya di Amerika Syarikat telah menyatakan dalam surat terakhirnya bahawa “orang yang mati dalam keadaan kaya adalah memalukan.” Namun sebaliknya jika “mati dalam keadaan miskin” itu lebih baik tetapi agak mustahil dilakukan oleh setiap ahli perniagaan. 

Ini adalah kisah benar seorang penarik beca yang miskin tetapi mampu memberi sumbangan besar kepada rumah anak-anak yatim.


Sejak tahun 1986, Bai Fang Li telah bekerja sebagai penarik beca. Dia merasakan anak-anak yatim dan miskin tidak mempunyai duit dan tidak mampu untuk ke sekolah. Sejak dari itu, dia bertekad untuk memberi sumbangan hasil daripada pendapatannya sebagai penarik beca.


Pada awal musim bunga ketika itu, dia telah menyerahkan sejumlah wang bernilai RM180,540.00 kepada rumah anak-anak yatim yang terdiri daripada 300 orang anak-anak miskin.


Ketika itu, dia melihat seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 6 tahun membantu seorang wanita membawa barang-barang dapur yang dibeli dari pasar. Melihat keadaan kanak-kanak itu, dia pun menghulurkan duit kepadanya tetapi apa yang menghairankan ialah kanak-kanak itu tetap mencari sisa-sisa makanan dari tempat pembuangan sampah.


Bai Fang Li mendekati kanak-kanak itu dan bertanya mengapa mengutip sisa makanan walaupun telah diberikan duit untuk berbelanja. Kanak-kanak itu menjawab, duit tersebut adalah untuk membelikan makanan buat adik-adiknya kerana ibu bapa mereka sudah tiada. Sejak itu, Bai Fang Li akan mengasingkan duit hasil pendapatannya untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.


Biarpun Bai Fang Li sudah meningkat usia, dia tetap meneruskan pekerjaannya sebagai penarik beca walaupun hasil pendapatan yang tidak seberapa. Tetapi tiada siapa menyangka rupa-rupanya dia telah memberi sumbangan berjumlah RM210,630.00 kepada rumah anak-anak yatim sekitar tahun 1994-1998.


Tindakan mulia Bai Fang Li sangat disenangi oleh ramai orang dan apabila dia meninggal dunia pada tahun 2005, pereka arca membina patungnya sebagai tanda peringatan di Tianjing Recreation Park. 


Semoga kisah benar penarik beca tua ini menjadi inspirasi bagi kita semua. Tanggungjawab memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan bukanlah terletak pada bahu mereka yang kaya sahaja tetapi kepada semua orang.

Sumber: Epoch Times

No comments

Powered by Blogger.