Header Ads

Taylor Swift Beli Rumah Untuk Peminat..



SIKAP pemurah penyanyi antarabangsa, Taylor Swift, sememangnya diketahui ramai.

Kali ini, sekali lagi Swift membuktikan dia sanggup melakukan apa sahaja yang mampu untuk membantu peminatnya yang memerlukan.

Selepas mendapat tahu kesusahan yang dilalui seorang peminatnya yang baru-baru ini dihalau dari rumah kediamannya, Swift tanpa membuang masa, bersetuju untuk membelikan sebuah rumah untuknya.


Portal E! Online melaporkan, Swift bertemu dengan peminat bernama Stephanie itu selepas satu konsert di Manchester, England, baru-baru ini.

Situasi yang dilalui Stephanie yang sedang hamil lapan bulan itu diketahui Swift selepas ibu Stephanie menghubungi pengurusan Swift, meminta agar penyanyi itu dapat melakukan sesuatu untuk menggembirakan anaknya.



"Saya bukan sahaja kehilangan rumah, tetapi teman lelaki saya juga baru dibuang kerja. Ketika mendapat jemputan ke konsert itu, saya mengagak mungkin Swift akan memberikan saya pas belakang pentas.

"Tetapi selepas berbual dengannya dan menceritakan keadaan saya, Swift memberitahu dia mahu menyumbangkan wang untuk membantu saya mendapatkan sebuah rumah.

"Katanya, dia tidak mahu saya risau dan mahu saya menikmati kehadiran anak saya tidak lama lagi," kata Stephanie.


Tambah Stephanie lagi, apa yang terjadi membuatkan dia merasakan menjadi peminat fanatik Swift sebagai sesuatu yang luar biasa.

"Hari ini, dia menyelamatkan saya. Sama seperti apa yang telah dilakukan sejak 12 tahun lalu," katanya.

No comments

Powered by Blogger.