Header Ads

'Tandatangan SB Pada Hati.' -Doktor Bakal Dikenakan Hukuman Kerana Mengukir Namanya Pada Organ Hati Pesakit Selepas Menjalani Pembedahan..



Doktor mengukir nama singkatan pada hati dua pesakitnya pada 2013 lalu, seorang pakar bedah mengaku bersalah atas perbuatannya.

Simon Bramhall, 53, mengaku bersalah atas tuduhan menyerang di sebuah mahkamah di Birmingham dan kini menunggu hukuman dijatuhkan hakim.


Bramhall didakwa mengukir huruf SB pada hati yang dipindahkan kepada pesakit lelaki dan wanita di Hospital Queen Elizabeth di Birmingham.

Pada tahun 2014 dia telah meletak jawatan selepas berkidmat di hospital itu selama 12 tahun.

Tindakannya terbongkar selepas pesakit berkenaan menjalani pembedahan susulan dan doktor bedah melihat tanda pada hati mereka.


Pendedahan itu menyebabkan Bramhall digantung tugas dan disiasat oleh jawatankuasa disiplin hospital.

Menurut Pendakwa raya, Tony Badenoch memberitahu mahkamah, apa yang dilakukan Bramhall bukan sahaja salah dari segi etika tetapi satu perbuatan jenayah.

“Tindakan Bramhall mengukir namanya pada hati pesakit bukan kejadian terpencil kerana dia mengulangi tindakan itu.


“Tindakan itu memerlukan kemahiran dan tumpuan. Ia juga dilakukan di hadapan rakan sekerja lain di dewan bedah,” katanya

Walaubagaimanapun, Bramhall dan yang lain telah diberikan jaminan tidak bersyarat untuk dijatuhi hukuman di mahkamah yang sama pada 12 Januari tahun depan.


No comments

Powered by Blogger.