Header Ads

"Tak Berhati Perut, Berperangai Iblis," 2 Ekor Anjing Dicampak Dari Tingkat 3, Netizen Harap Pelaku Ditangkap


Baru-baru ini terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Izwan Ahmad yang telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Facebook miliknya, 2 ekor anjing yang yang telah dicampak dari tingkat 3 Pangsapuri Meranti, Taman Cheras Hartamas.


Menurut Izwan, kejadian itu berlaku pada 25 Disember 2017, lebih kurang pada jam 10 malam. Semua penduduk disitu terdengar bunyi salakkan anjing sebelum semuanya keluar untuk melihat apa yang berlaku.


"Malang sungguh nasib anak anjing ini, seekor cedera dan seekor lagi mati," tulisnya.

Ada beberapa jiran yang mendakwa ternampak seorang penduduk berbangsa India yang tinggal di C-3-22 melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Tambah izwan lagi, anjing yang hidup, mengalami patah kaki dan kini masih lagi sakit sehingga keluar najis akibat daripa kesan jatuhan tersebut.

Izwan tidak tahu kepada siapa dia maju adukan perkara ini dan memohon agar netizen dapat tularkan perkara ini sehingga si pelaku dikenakan tindakan yang sewajarnya atas penganiyaan terhadap binatang.






Sumber: Izwan Ahmad

No comments

Powered by Blogger.