Header Ads

'Surat Terbuka Kepada Saudara Iqram Dinzly.' Mufti Wilayah Persekutuan Jemput Iqram Dinzly Datang Ke Pejabatnya..



KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri menjemput pelakon, Iqram Dinzly untuk datang ke pejabatnya di Putrajaya untuk sesi perkenalan dan perbincangan tentang keadaan semasa yang dialami Iqram lapor Astro Awani

Jemputan menerusi surat terbuka yang dikeluarkan Zulkifli dalam Facebooknya hari ini susulan tindakan 'aneh' yang dilakukan Iqram menerusi muat naik dan video langsung (live video) di Instagram.


"Akhir kalam, kami menjemput saudara Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain, juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan saudara.

"Mungkin ada sisi-sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan," katanya.

Malah, Zulkifli turut menasihati Iqram untuk mendekati Al-Quran selain memuji beliau yang seringkali berzikir.


"Dalam pada itu, kami nasihatkan saudara supaya mendekati Al-Quran, begitu juga zikir-zikir. Kami ada menonton beberapa live video saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir.

"Itu adalah hal yang amat baik kerana hanyasanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang," ujarnya.


Zulkifli pada masa sama menzahirkan ucapan takziah kepada Iqram atas pemergian bapanya, Allahyarham Muhammad Saipuddin Ahmad Said.

No comments

Powered by Blogger.