Header Ads

“Suara Hilang Tiap Pagi, Migrain Kemudian Kebas Sebelah Badan, Berat Susut 12 Kg Dan Orang Seram Melihat Wajah Saya Hingga Takut Nak Tegur.”Syura Alami Penyakit Misteri..


BEKAS bintang GegarVaganza 4 (GV 4) Syura akui tidak menyangka gejala kebas sebelah badan, muntah dan sering hilang suara merupakan tanda-tanda dia mengalami penyakit misteri lapor Astro awani.

Menurut Syura, selepas ditegur oleh pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah barulah dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.


“Saya memang perasan dalam beberapa minggu ini suara saya pasti hilang setiap kali waktu pagi.

“Kadang-kadang saya juga alami 'migraine' dan secara tiba-tiba kebas sebelah badan.

“Mula-mula tak ambil peduli sebab saya sangkakan itu salah satu tanda-tanda penat berlebihan.

"Tetapi bila ditegur oleh Datuk Fadzilah Kamsah selepas terserempak beberapa minggu lalu membuatkan saya kembali terfikir.

Datuk ada bertanyakan sama ada saya mengalami mimpi buruk atau rasa pelik, selain itu dia juga memberitahu rasa seram melihat saya.

“Sebenarnya sebelum ditegur datuk, kawan-kawan rapat saya juga ada berkata benda yang sama, mereka akui seram melihat wajah saya sampai takut nak tegur,” katanya

Syura ditemui selepas konsert separuh akhir GV 4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.


Dalam pada itu, Syura mendedahkan dia mula terkena penyakit misteri itu sewaktu merakamkan lagu di Indonesia sekitar September lalu.

“Berat saya turun sebanyak 12 kg selepas terkena penyakit itu walaupun saya makan seperti biasa.

“Memang sebelum ini saya berhasrat untuk pergi berubat namun disebabkan kekangan masa dan sibuk dengan GV 4, saya tangguhkan niat itu.

“Jadi selepas ini saya akan teruskan perancangan saya untuk bertemu pakar dan berubat,” jelasnya.


Syura merupakan bintang keenam yang tersingkir dengan jumlah markah sebanyak 58.10%.

Konsert akhir GV4 bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad depan (17 Disember 2017), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).



No comments

Powered by Blogger.