Header Ads

"Seram Sejuk Aku Macam Ni. Ini Gambar Adik Saudara Tengah Selfie Malam Tadi, Betul Ke Aku Nampak Benda Mata Itu, Ke Aku Silap Pandang?”



"Cuba korang tambahkan brightness handphone korang. Aku cuma nak kepastian saja, betul ke aku nampak benda mata itu, ke aku silap pandang?" demikian tweet Saffiqa pada 1 Disember lalu yang menunjukkan gambar selfie anak saudaranya. 


"Seram sejuk sia aku macam ni. Ini gambar adik saudara tengah selfie malam tadi," tulisnya.

Berdasarkan gambar, kelihatan sepasang mata di belakang kanak-kanak berkenaan. Ada yang mendakwa mata itu milik mata kucing yang mungkin dibela oleh keluarga kanak-kanak terbabit. Namun, Saffiqa menafikan dakwaan itu. 








"Sumpah tak ada kucing. Kalau kucing, tak ada suruh korang tengok gambar untuk kepastian dan untuk makluman, rumah ini tak ada bela kucing. 

"Kalau kucing pun kucinglah, asalkan jangan benda ghaib. Fikir positif walaupun di rumah tak ada kucing," tulisnya lagi. 


Difahamkan, rumah nenek Saffiqa itu terletak berhampiran dengan flat kosong yang sudah lama terbengkalai. 



Sementara itu, netizen juga yakin bahawa itu bukanlah mata kucing atas beberapa sebab tertentu.

"Aku yakin itu bukan kucing sebab bentuk dia lain, plus kucing punya mata bercahaya kalau kena cahaya." - Amin


"I think not kucing, sebab kalau tempat gelap, mata kucing kena cahaya mesti ada pantulan cahaya. I mean lain dari yang lain. Takkan lupa sains kot?" - Ahmad Ashraf Fitri

No comments

Powered by Blogger.