Header Ads

“Semuanya Dibawah Kawalan.” Lelaki Pukul Isteri Hingga Cedera Parah & Maut, Kemudian Rekod Video Untuk Kepada Rakan-Rakan..


Kejam! Itu yang boleh disifatkan kepada seorang lelaki di Rusia yang mana bertindak memukul isterinya sehingga koma sebelum meninggal dunia serta merekodkan perbuatan itu untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan. Kini lelaki terbabit berhadapan dengan 15 tahun penjara.

Image result for Anastasia Ovsiannikova,

Lelaki yang berusia 34 tahun itu memukul isterinya, Anatasia, di rumah mereka di bandar Lebedyan, barat Rusia, selepas wanita berkenaan memberitahu dia mahu bercerai kerana tidak tahan hidup dengan lelaki itu.


Lelaki terbabit kemudian membelasah isterinya itu selama beberapa jam. Dia kemudiannya merekod keadaan isterinya itu sebelum mempamerkan kepada rakan-rakan bagi menunjuk bahawa dia boleh mengawal wanita tersebut.

Foto-foto yang dimuat naik menunjukkan wanita terbabit duduk di atas satu sofa dalam keadaan lebam teruk di bahagian kepala dan badan.


Sempat menelefon kecemasan, wanita berusia 28 tahun itu dibawa ke hospital. Pihak hospital mendapati wanita tersebut mengalami pendarahan dalaman dan tulang patah. Wanita itu kemudiannya koma dan meninggal dunia enam hari selepas itu.

Related image

Menurut rakan dan keluarga, wanita yang sudah lama menderita dengan hubungannya itu cuba untuk bangun dan meninggalkan suaminya itu selepas bertemu dengan seseorang yang baru.


Polis berkata: 'Pada mulanya lelaki itu didakwa kerana menyerang sehingga menyebabkan ke cederaan. Tapi selepas isterinya itu mati, dakwaan itu berubah. Lelaki terbabit mengaku bersalah separuh darinya. Dia berkata dia mempunyai 'alasan tersendiri'"

Sumber: DM

No comments

Powered by Blogger.