Header Ads

"Saya Pemain Terbaik Dalam Sejarah! Tidak Lagi Pemain Yang Sempurna Melainkan Saya." Cristiano Ronaldo..



CRISTIANO Ronaldo melabelkan dirinya sebagai yang 'terbaik dalam sejarah' selepas menerima anugerah ballon d'Or yang kelima pada Jumaat.


Penyerang Real Madrid itu berkata: "Saya tidak nampak sesiapa yang lebih baik daripada saya. Tiada pemain lain yang boleh buat apa yang diri saya tidak mampu tetapi saya fikir orang lain juga tidak boleh buat.

"Tidak lagi pemain yang sempurna melainkan saya."


Pemain berusia 32 tahun itu kini merekodkan lima trofi tersebut yang sekaligus menyamakan pencapaian pesaing terdekatnya dari Barcelona, Lionel Messi yang menguasi trofi (Ballon d'Or) paling banyak sejak sedekad lalu.

"Saya pemain terbaik dalam sejarah - ketika saat manis atau buruk."

No comments

Powered by Blogger.