Header Ads

Sangkakan Sakit Perut Biasa, Doktor Terkejut Rupa-Rupanya Wanita Ini 'Mengandung' Janin Yang Telah Mengeras Seperti Batu Selama 15 Tahun!


PAKAR perubatan di India telah dikejutkan dengan satu penemuan perubatan, di mana seorang wanita telah `mengandung’ janin di dalam rahimnya selama 15 tahun.

Image result for 15 Years After Abortion, Indian Woman Finds Aborted Baby In Her

Wanita berusia 52 tahun itu yang tidak didedahkan namanya, telah menggugurkan kandungannya ketika itu selepas keluarganya tidak mahu dia mengandung lagi.


Ketika itu pakar sakit puan yang merawatnya meyakinkan wanita tersebut bahawa bayi dalam kandungan berkenaan telah berjaya dibuang.


Namun sejak beberapa tahun ini, dia mengalami sakit di bahagian perut dan selepas bertemu dengan beberapa doktor, dia hanya diberikan ubat penahan sakit sahaja.

Dan sejak tiga tahun lalu, dia mula muntah. Hanya selepas bertemu dengan pakar barulah dia dimaklumkan mengenai penemuan mengejutkan itu.

Pembedahan selama dua jam itu berjaya membuang bayi yang keras seperti batu itu.


Wanita tersebut berasal dari Nagpur, di Maharashtra. Penemuan itu nyata mengejutkan pasukan perubatan.


“Kami telah membuang bayi batu itu dari perut wanita terbabit dan ususnya sepanjang empat kaki turut dibuang,’’ kata doktor.

Image result for 15 Years After Abortion, Indian Woman Finds Aborted Baby In Her

Wanita itu telah dibenarkan balik ke rumah dan dia telah sembuh sepenuhnya.

No comments

Powered by Blogger.