Header Ads

"Rasa Seperti Dirogol Tanpa Kerelaan" - Farid Kamil Buat Laporan Polis..


BERANG filem lakonannya iaitu "Pinjamkan Hatiku" disebarkan secara haram menerusi Facebook baru-baru ini, pelakonnya Farid Kamil membuat laporan di Balai Polis Puchong Jaya, Selangor kira-kira 2.30 petang Isnin lapor mStar Online.

Farid, 36, ketika ditemui berkata, tindakan itu diambil kerana ingin memastikan jenayah cetak rompak digital dapat dibendung selain mengheret pihak tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.


“Sebagai pelakon siapa yang tak marah apabila hasil kerja yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab disalah gunakan seperti itu.


Image result for Pinjamkan Hatiku

“Saya ibaratkan perbuatan cetak rompak digital ini seperti saya dirogol tanpa kerelaan.

“Tindakan harus diambil bagi memastikan masalah ini tidak bertambah parah dan jangan sewenang-wenangnya menyebarkan hak kerja orang lain kepada awam secara percuma,” katanya.


Farid ditemui pada majlis pelancaran Dewan Perniagaan Artis, di Hotel Royale Chulan, Damansara Petaling Jaya pada Isnin.

Selain Farid, turut bersama-samanya membuat laporan polis itu adalah pengarahnya, Osman Ali.

Barisan pelakon filem Pinjamkan Hatiku termasuk Ayda Jebat dan Shaheizy Sam.

Dalam pada itu, Farid berkata, tindakan agresif perlu diambil bagi membanteras aktiviti yang mampu merosakkan industri perfileman dalam jangka masa panjang.

Kata Farid, walaupun filem itu bukan terbitannya namun sebagai pelakon dia terpanggil untuk sama-sama tampil bagi memastikan isu cetak rompak digital ini kerana ia juga melibatkan kredibiliti mereka sebagai pemain industri.


“Bagi saya pelakon turut memainkan peranan sebab ia melibatkan penjenamaan seorang artis.

“Cetak rompak versi baru ini adalah virus yang mampu tersebar dengan cepat sekiranya ia tidak dibendung.

“Ini juga soal hak dan setakat ini masih belum ada pelaksanaan menyeluruh bagi membanteras jenayah ini,” katanya.

Related image

Farid juga memberitahu laporan polis itu dibuat bagi membuka mata masyarakat tentang kepentingan menghormati hak cipta sesebuah karya.

Pinjamkan Hatiku turut membariskan pelakon seperti Shaheizy Sam dan Ayda dan ia sedang ditayangkan di pawagam sejak 30 November lalu.

No comments

Powered by Blogger.