Header Ads

Penjual Buah Dipenjara 12 Bulan Kerana Gagal Kawal Marah Dengan Memecahkan 38 Buah Kereta Di Kedai Terpakai Hingga Kerugian RM100,000..



AYER KEROH : Gara-gara gagal mengawal marah, seorang penjual buah-buahan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan menceroboh dan memecahkan 38 buah kereta, September lalu lapor Berita Harian

Tertuduh, Hong Kok Kuan, 30, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap 39 pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin dihadapan Majistret Norina Maludin.


Mengikut kertas pertuduhan, dia didapati memecahkan 38 buah kereta pelbagai jenis sehingga menyebabkan kerugian mencecah hampir RM100,000 di Used Car Siong Wang Auto Sdn. Bhd, Semabok, Melaka sekitar 11.30 malam, 3 September lalu.

Bagi tuduhan berkenaan dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh yang belum berkahwin turut berdepan satu lagi pertuduhan turut berdepan satu lagi pertuduhan iaitu menceroboh kedai kedai menjual kereta terpakai berkenaan di lokasi, masa dan tarikh sama.


Bagi kesalahan itu, Kok Kuan didakwa mengikut Seksyen 448 kanun sama yang memperuntukan penjara maksima tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu semasa prosiding, Timbalan Pendakwaanraya N. Sivashangari memohon hukuman berat terhadap teruduh memandangkan tertuduh seolah-olah tidak serik memandangkan tertuduh mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan sama.


Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Ishak Kari merayu agar hukuman diringankan memandangkan anak guamnya sudah insaf dan sejak penahanan tertuduh yang merupakan tonggak keluarga, ayahnya yang sudah uzur terpaksa bekerja sebagai nelayan untuk menyara keluarga.

Majistret Norina kemudiannya memutuskan hukuman penjara bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan semua hukuman dijalankan serentak daripada tarikh tertuduh ditangkap.

VIDEO:


Sumber: Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.