Header Ads

Pemuda Mengalami Masalah 'Obesiti' Kritikal Sebelum Ini Telah Meninggal Dunia Pagi Tadi..


FAISAL Md Ali, 29, pemuda yang mengalami masalah obesiti kritikal sebelum ini pernah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Pemuda yang mengalami masalah obesiti dengan berat badan 286 kilogram meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas di rumahnya di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, Kuala Nerus di sini, pagi tadi.


Menurut laporan Berita Harian, Faisal Md Ali, 29, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya kira-kira jam 5 pagi.

Ibu Allahyarham, Kasma Mat Nor, 58, berkata dia menyedari anaknya mengalami sesak nafas pada jam 4.50 pagi.


"Ketika saya cuba menenangkannya sambil berusaha mendapatkan bantuan, Faisal menghembuskan nafas terakhir," katanya.

Faisal yang menerima rawatan lebih sebulan di Hopital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, dibenarkan pulang pada 28 November lalu.

Mengikut perancangan, Faisal akan menjalani proses diet di rumah bagi mengurangkan berat badan.


Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Mengabang Telipot tengah hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Faisal mengalami masalah obesiti peringkat kritikal sehingga terpaksa menggunakan khidmat bomba untuk dihantar ke HSNZ bagi menerima rawatan.


Faisal juga mengalami masalah kesihatan lain termasuk penglihatan, kaki bengkak, sukar bergerak dan kerap sesak nafas.

No comments

Powered by Blogger.