Header Ads

‘Pemandu Pelancong Maut’. Gajah Mengamuk Gara-Gara 'Terkejut' Ekornya Ditarik Oleh Pelancong China..


THAILAND- Seorang pemandu pelancong terbunuh dan dua lagi cedera apabila seekor gajah mengamuk dalam kejadian di sebuah kebun buah-buahan di Segitiga Emas Chonburi.

Related image

Mangsa adalah seorang lelaki Cina berusia 34 tahun.

Mangsa meninggal dunia ditempat kejadian.

Dia dilaporkan ditendang oleh Uthen, seekor gajah jantan berusia 17 tahun dan meninggal dunia di tempat kejadian. Dua pelancong mengalami kecederaan ringan.


Mahout Yu Yungram, 37, berkata dalam kejadian tersebut, lelaki terbabit sedang membawa dua pelancong dari China menaiki gajah mengelilingi kebun tersebut dan melepasi pelancong lain, juga dari China.

Image result for Elephant on rampage kills guide after Chinese tourist allegedly pulls its tail

Yungran berkata, dia cuba memberitahu mereka supaya tidak mendekati gajah itu, tetapi pelancong tetap mengambil gambar selfie dan salah seorang daripada mereka dikatakan telah menarik ekor gajah tersebut, menyebabkan haiwan itu marah, lapor Sanook.


Pengawal keselamatan di kebun tersebut, Sakda Malee berkata apabila gajah itu berlari, semua orang panik dan lari bertempiaran.

Image result for Elephant on rampage kills guide after Chinese tourist allegedly pulls its tail

Salah seorang pelancong yang menunggang gajah itu terjatuh, seorang lagi dapat bertahan dan berjaya turun dengan selamat apabila Uthen tenang.

Image result for Elephant on rampage kills guide after Chinese tourist allegedly pulls its tail

Polis akan menyoal saksi dan bagi mengetahui punca kejadian itu.


Pelancongan gajah menarik berjuta-juta pelancong ke Thailand setiap tahun, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nasib gajah Asia mendapat perhatian apabila ramai mempertikaikan bahawa pelancongan gajah adalah satu bentuk penyalahgunaan haiwan.


No comments

Powered by Blogger.