Header Ads

Padah Serah 30 Gambar Bogel Diri Sendiri Pada Kenalan Wechat Demi Habuan RM15,000, Wanita Ini Berada Dalam Ketakutan Selepas Diugut..


IPOH: Seorang wanita kini hidup dalam ketakutan setelah keputusannya untuk memberikan 30 keping gambar bogel kepada seorang lelaki bagi mendapatkan wang tunai RM15,000 akhirnya memakan diri lapor Astro Awani.

Mangsa berusia 21 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Suit berkata lelaki yang kini mengugutnya itu dikenali melalui aplikasi WeChat pada 13 Nov lepas.

Katanya, dia tidak menyangka impian untuk mendapatkan wang segera bernilai belasan ribu ringgit daripada individu yang menggunakan nama "lovebebe2520" di aplikasi itu kini mengundang musibah buat dirinya sendiri.


Menurutnya, pada awal perkenalan, mereka berbual selaku penjual dan pelanggan produk makanan sebelum perbualan mereka bertukar kepada topik peribadi.

"Ketika saya berada di pejabat di Jalan Dato' Onn, Ipoh pada 1 Dis lalu, individu tersebut menghubungi saya lagi dan kami berbual melalui aplikasi tersebut seperti biasa.

"Bagaimanapun, individu tersebut mula menawarkan RM15,000 sekiranya saya menyerahkan gambar bogel untuk diberikan kepada majikannya," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan MCA Perak di sini hari ini.


Menurut Suit, lelaki berkenaan kemudian berjanji untuk menghantar wang seperti yang ditawarkan namun semua itu hanya satu penipuan apabila individu itu memberitahu dia hanya bergurau.

"Apa yang lebih menakutkan, dia mula mengugut untuk menyebarkan gambar tersebut sekiranya saya tidak menyerahkan wang sebanyak RM5,000.

Image result for "lovebebe2520"

"Bimbang dengan kejadian tersebut, saya kemudiannya memaklumkan kepada keluarga sebelum membuat laporan di Balai Polis Pekan Bharu, Ipoh Rabu lalu," ujarnya lagi.

Katanya, pemeriksaan terhadap nombor akaun bank yang diberikan individu tersebut mendapati pemiliknya adalah seorang lelaki bernama Samy Muthu.


Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA Perak, Jimmy Loh berkata pihaknya berharap orang ramai terutamanya wanita tidak terpedaya dengan tipu helah seumpama itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut.

No comments

Powered by Blogger.