Header Ads

“Netizen Lebih Baik Diam. Ini Adalah Penghargaan Terbesar Bagi Saya Yang Diberikan Oleh Sultan Pahang.” Farid Kamil Dakwa Segelintir Netizen Tiada Ilmu..


PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengurniakan Pingat Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada Pelakon, Datuk Farid Kamil sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar. - Foto Muhammad Asyraf Sawal

PEKAN: Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil menyelar tindakan segelintir netizen mempertikaikan penganugerahan gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kepada insan seni seperti dirinya Berita Harian.

Farid Kamil Zahari, 36, yang dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu berkata, kecaman berkenaan berlaku akibat segelintir netizen tidak mempunyai sebarang ilmu atau pembelajaran khusus mengenai adat-adat Kesultanan Melayu Pahang.


"Siapa netizen itu (yang mengecam)? Yang memberikan penganugerahan itu adalah atas titah Sultan Pahang.

"Saya berharap mereka (netizen) lebih baik diam," katanya kepada media selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, di sini, hari ini.

DATUK Farid Kamil (kanan) dan Datuk Aaron Mustapha Aziz (kiri) bersalaman sesama sendiri selepas dikurniakan Pingat Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar. - Foto Muhammad Asyraf Sawal

Selain Farid Kamil, pelakon kelahiran Singapura, Aaron Mustapha Aziz turut menerima DIMP yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Farid dan Aaron antara 167 penerima darjah dan kebesaran Pahang yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Sementara itu, Aaron Aziz menganggap pengurniaan darjah kebesaran itu memberinya semangat untuk terus menyumbang bakti dalam aktiviti kemasyarakatan.

Beliau juga akur dengan titah Tengku Abdullah sebelum ini, yang mahu melihat supaya mereka yang menerima kurniaan dari Pahang, termasuk golongan artis turun padang membantu rakyat negeri ini yang berdepan musibah seperti banjir.


"Sebelum ini pun saya memang aktif dan selalu turun padang melakukan aktiviti kemasyarakatan di seluruh negara dan selepas ini akan lebih banyak aktiviti seumpama itu akan saya sertai.

"Ini adalah penghargaan terbesar bagi saya dan pastinya tanggungjawab juga lebih berat, walaupun ada yang mempersoalkan, saya hanya baca (komen) netizen dan mampu tersenyum sahaja," katanya.

Sumber;  Berita Harian.

No comments

Powered by Blogger.