Header Ads

“Minta Sogok RM5,000 Punya Pasal, 2 Koperal Polis Direman”. Wanita Buat Laporan SPRM Selepas Dipaksa Bayar Wang Sogokan Agar Terlepas Dari Tindakan Tuduhan Berkhalwat..

SEORANG daripada anggota polis yang didakwa meminta suapan dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu. - Foto Mohd Izham Unnip Abdullah

KOTA KINABALU: Dua anggota polis direman enam hari hingga Rabu depan, selepas ditahan berhubung kes meminta suapan lapor Berita harian.

Mereka disyaki meminta rasuah RM5,000 daripada sepasang kekasih yang berkhalwat dalam kereta pada 3 Disember lalu.


Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan reman difailkan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Faliq Basiruddin di Mahkamah Majistret, di sini, pagi tadi.

Kedua-dua suspek berumur 39 tahun dan berpangkat koperal itu ditahan pada jam 4.30 petang semalam, susulan aduan yang dibuat mangsa, kelmarin.


Difahamkan, pengadu iaitu seorang wanita dan pasangannya yang menaiki kereta dihampiri suspek ketika berhenti di kawasan letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 8.45 malam, 3 Disember lalu.

Kedua-dua suspek dikatakan masuk ke kereta mangsa dan meminta wang sebanyak RM5,000 dipercayai untuk melepaskan pasangan berkenaan daripada diambil tindakan kerana berkhalwat.


Pengadu kemudian meminta bantuan rakannya untuk mendapatkan wang membayar suspek, namun hanya RM1,000 diperolehi sebelum diserahkan kepada seorang daripada suspek terbabit.Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM kerana meminta dan menerima rasuah.

Sumber: Berita harian

No comments

Powered by Blogger.