Header Ads

Lelaki Ini Bayar RM570K Pada Syarikat Simpan & 'Bekukakan' Mayat Dengan Cecair Nitrogen Selepas Meninggal Dunia Dengan Harapan Dia, Isteri Dan Anaknya Dapat Hidup Semula Pada Masa Hadapan..



Wisconsin: Seorang bapa mahu semua ahli keluarganya dibekukan apabila mereka meninggal dunia kelak dengan harapan dapat dihidupkan semula pada masa hadapan.

Related image

Dennis Kowalski, 49, membayar AS$140,000 (RM570,585) kepada sebuah syarikat bagi membolehkan dia, isteri dan tiga anaknya dibekukan cecair nitrogen sebaik meninggal dunia.


Kowalski yang juga seorang paramedik dan Presiden Institut Cryonics percaya satu hari nanti kemajuan sains mampu menghidupkan semula manusia yang sudah meninggal dunia.

Image result for Dennis Kowalski, 49

“Saya mendapat tahu mengenai proses ini ketika masih remaja lagi dan melihatnya sebagai satu perkara yang menarik.

Image result for Dennis Kowalski, 49

“Saya mendaftar diri kira-kira 20 tahun lalu. Kini isteri serta tiga anak juga sudah mendaftar.

“Anak saya masih muda dan dia tidak terlalu memikirkan sangat mengenai perkara itu. Namun, kita tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup ini,” katanya.

Cryonics menyimpan mayat manusia sebelum dipindahkan ke dalam ruangan sejuk beku di ibu pejabat institut itu di Michigan.


Di kemudahan berkenaan darah pada mayat akan dikeluarkan sebelum digantikan dengan bahan antibeku.

Syarikat itu mengenakan bayaran AS$28,000 (RM114,086) untuk mayat seseorang itu dibekukan sebelum dibuka pada masa depan apabila sains mampu menghidupkan semula manusia.

Image result for Dennis Kowalski, 49

Sehingga kini syarikat itu menyimpan 160 mayat manusia dan 100 bangkai haiwan kesayangan yang sudah dibekukan.


Syarikat itu menjadi tumpuan pada tahun lalu apabila seorang pelajar Britain berusia 14 tahun yang ingin dibekukan, berjaya memenangi kesnya di mahkamah.

Pesakit kanser yang dikenali sebagai JS itu membawa kes ke mahkamah untuk membolehkan mayatnya disimpan di pusat terbabit.

No comments

Powered by Blogger.