Header Ads

Lagenda Bollywood, Shashi Kapoor Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Buah Pinggang..



MUMBAI: Ikon Bollywood Shashi Kapoor, bintang layar perak India tahun 1970-an dan anggota keluarga terkenal industri itu meninggal dunia hari ini pada usia 79 tahun selepas menderita sakit sekian lama, kata keluarganya lapor BHarian.

Kapoor meninggal dunia di sebuah hospital di sini, kata anak saudaranya Randhir Kapoor kepada agensi berita Press Trust of India (PTI).


Seorang lagi anggota keluarganya mengesahkan kematian lagenda filem Hindustan itu kepada AFP.

"Ya, beliau sudah meninggal dunia. Mendiang menderita masalah buah pinggang selama beberapa tahun," kata Randhir kepada PTI.

Shashi, anak lelaki bongsu Prithviraj Kapoor, perintis filem dan teater Hindustan, lahir di bandar timur India di Kolkata pada 1938.

SHASHI Kapoor meninggal dunia hari ini pada usia 79 tahun. - Foto fail AFP

Beliau memulakan kerjayanya pada usia muda, membantu syarikat teater bapanya dan muncul di atas pentas dalam produksi 'Shakuntala', kisah cinta klasik Hindu, pada usia enam tahun.


Kerjayanya dalam Bollywood bermula sejak kecil dan membesar sebagai idola, apabila muncul dalam lebih 150 filem. -AFP

No comments

Powered by Blogger.