Header Ads

Kanak-Kanak Usia 10 Tahun Jadi Mangsa Pedofilia Dibunuh Kemudian Mayatnya Dipotong Dan Dibuang Di Merata-Rata Tempat..


RUSIA- Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bukan saja menjadi mangsa pedofilia, malah dibunuh dan mayatnya dikerat sebelum dibuang di merata-rata tempat di St Petersburg, Rusia.

Alexander Georgievskiy (right in the foreground) had been drinking in a railway station cafe when he saw victim Ruslan Korolev (circled) walking towards the platform in the town of Ortadnoe, 25 miles east of St Petersburg in Russia

Dailymail melaporkan suspek Alexander Georgievskiy berpura-pura ramah dengan mangsa, Ruslan Korolev sebelum menaiki sebuah kereta api Oktober lepas.


Alexander kemudian mengumpan Ruslan ke rumahnya menggunakan kek dan vodka.

Lelaki berkenaan kemudian cuba meliwat Ruslan tetapi mangsa melawan menyebabkannya marah.

Image result for Alexander Georgievskiy

Berang dengan Ruslan, suspek bertindak mencekik mangsa sehingga mati dan mengerat mayat mangsa kepada potongan kecil sebelum disembunyikan di beberapa lokasi di sekitar St Petersburg.

Rakaman CCTV menunjukkan Ruslan dibawa Alexander ke rumahnya.

Ruslan kemudian dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Beberapa hari kemudian, polis yang menyiasat kes tersebut menemui anggota badan Ruslan yang dikerat kepada potongan kecil di beberapa lokasi.

Alexander akhirnya berjaya dikenal pasti berdasarkan rakaman CCTV dan ditahan polis pada Jumaat.


Selepas ditahan, Alexander mengaku membunuh Ruslan dan mendedahkan lokasi-lokasi bahagian mayat mangsa disembunyikan.

Dia yang kini berhadapan pertuduhan bunuh boleh dihukum penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.