Header Ads

Kanak-Kanak Perempuan Usia 7 Tahun Maut Selepas Membakar Dirinya Terikut Drama Tv Bersiri Nandiri Yang Mempunyai ‘Kuasa Sakti’..


INDIA- Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas membakar dirinya ketika cuba melakonkan semula adegan rancangan bersiri televisyen.


Kanak-kanak itu, Prarthana dari Harihar, di daerah Davangere, Karnataka, membakar dirinya pada 11 November lalu dan meninggal dunia keesokannya ketika mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Bagaimanapun kejadian itu hanya didedahkan Rabu lalu selepas ibu mangsa memutuskan melaporkan perkara berkenaan kepada polis untuk mengelak pengaruh seumpama itu tidak berulang kepada kanak-kanak lain.


Menurut ibunya, Chaitra, anaknya begitu taasub dengan rancangan bersiri di televisyen terutamanya Nandini,drama bersiri yang mempunyai kuasa sakti.

Related image
Nanindi drama

Chaitra bekerja sebagai pembantu rumah manakala suaminya, Manjunath pekerja gaji harian dan mereka meninggalkan Prarthana di rumah jiran apabila keluar bekerja setiap hari.

“Dia menghabiskan sepanjang hari di rumah jiran dan tidak akan terlepas menonton drama bersiri kegemarannya.


“Namun kami tidak menyangka dia begitu terpengaruh dengan Nandini sehingga mahu melakonkan semula adegan yang menunjukkan pelakon menari dalam keadaan diselubung api,” katanya.

Prarthana dilaporkan lari pulang ke rumah tanpa disedari jiran sebelum mengambil beberapa helai kertas dan menyimbah badannya dengan minyak tanah serta membakar dirinya sambil menari.

Dia sebelum itu sempat mengajak adik perempuannya menari bersama.


Bagaimanapun, adiknya ketakutan melihat tindakannya dan segera berlari ke rumah jiran memaklumkan kejadian itu.

Prarthana dikejarkan ke hospital kerajaan di Harihar sebelum dipindahkan ke hospital swasta di Davangere.

Malangnya, dia meninggal dunia keesokannya akibat melecur teruk.


No comments

Powered by Blogger.