Header Ads

Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Ini Jana Pendapatan RM45 Juta Setahun Dari Youtube Dengan Hanya Membuat Ulasan Tentang Mainan Dan Makanan..


Seorang kanak-kanak berusia enam tahun berjaya meraih USD$11juta (RM44,880,000) dengan hanya menjadi tumpuan utama di YouTube.

Related image

Related image

Baru-baru ini, Forbes mengeluarkan senarai pemilik akaun YouTube yang dibayar dengan bayaran tinggi dan ia menampilkan beberapa saluran menarik yang meraih lebih dari USD$127juta (RM518,236,000) dari Jun 2016 hingga Jun 2017.


Ryan dari Ryan ToysReview adalah antara yang berjaya menjana pendapatan tertinggi dengan hanya membuat ulasan tentang mainan dan makanan.

Tanpa perlu bekerja keras, kanak-kanak 6 tahun raih RM44 juta menerusi YouTube
Ryan dari Ryan ToysReview adalah antara yang berjaya menjana pendapatan tertinggi dengan hanya membuat ulasan tentang mainan dan makanan. 

Walaupun antara persaingannya terdiri daripada orang dewasa, namun Ryan mempunyai lebih 10 juta pengikut dan kebanyakan videonya telah ditonton lebih 16 juta kali.

“Dia suka kereta, kereta api, Thomas and Friends, Lego dan Disney. Dia juga suka melakukan eksperimen yang menyeronokkan,” itu adalah gambaran yang dinyatakan menerusi akaun YouTube milik Ryan.


Ibu bapa Ryan memulakan saluran tersebut pada Mac 2015 dan telah berjaya menarik perhatian penonton YouTube selepas video Ryan membuka ‘telur gergasi’ yang penuh dengan mainan dari filem Cars, terbitan Disney.

Impressive: The little boy's most popular video (pictured), in which he unpacks a giant egg containing Pixar Cars toys, dates back to July 2015 and has gathered 801,871,504 views

Video menarik itu telah ditonton lebih 800 juta kali sehingga Disember, 2017.


Memetik laporan People.com, ibu bapanya sudah bersiap sedia untuk menutup akaun Youtube itu sekiranya Ryan sudah tidak mahu terlibat dalam pembikinan video.

Namun, ibu bapanya sudah memulakan akaun kedua iaitu Ryan’s Family Review yang mengisahkan pengembaraan keluarga itu dengan menampilkan adik kembar Ryan, Emma dan Kate.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.