Header Ads

“Kami Tertekan Dan Trauma." Bapa Nafi Keluarga Nak Saman Cikgu Azizan Buat Masa Ini..



NILAI: Bapa kepada murid yang terbabit dalam kes pendakwaan Azizan Manap atau Cikgu Azizan menafikan yang keluarganya bercadang untuk menyaman guru berkenaan buat masa ini lapor Sinar Online.

Lelaki berusia 50 tahun yang enggan dikenali itu mendakwa, berkemungkinan terdapat kekeliruan yang berlaku ketika isterinya memberi kenyataan kepada wartawan.


"Kami sudah terlalu tertekan dengan apa yang berlaku dan saya rasa tumpuan ketika ini adalah untuk pulih daripada trauma akibat tekanan yang kami hadapi.

"Jadi tindakan saman sivil bukan sebahagian daripada perkara yang kami akan ambil buat sekarang," katanya ketika dihubungi malam ini.

Pagi Selasa, Mahkamah Majistret Seremban membebas tanpa melepaskan Cikgu Azizan atau nama sebenarnya, Azizan Manap, 44, daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu.


Majistret Mohd Zaki Abd Rahman, membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pihak pendakwaan menerima arahan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.

Image result for Azizan Manap atau Cikgu Azizan

Azizan, yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak di sini, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun.


Tindakan itu menyebabkan beliau dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Seremban. 

Sumber: Sinar Online


No comments

Powered by Blogger.