Header Ads

"Jangan Terlalu Cepat Mendewasakan Kanak-Kanak. Kita Perlu Akur Yang Kanak2 Bawah Umur Tak Perlu Pakai Ikut Syariat Lagi Kan.?” Kecewa Selepas Dikecam Netizen Tidak Pakaikan Anak Ikut Syariat Islam, Farah Lee Beri Penjelasan..


Farah Lee kecewa apabila dikecam kerana memakaikan anaknya, Maream Esabel pakaian tidak mengikut syariat Islam lapor Astro Gempak.

Farah Lee menerusi akaun Instagram (IG) nya terkejut dengan kecaman itu kerana anaknya masih kecil dan baru sahaja berusia tiga tahun untuk dihakimi.


Farah dikecam selepas memakaikan anaknya skirt pendek dan t-shirt.

Menerusi entri tersebut, Farah menjelaskan bahawa dia tidak mahu terlalu cepat mendewasakan anaknya dengan pakaian orang dewasa Islam.

Malah dia terpaksa akur anaknya masih kecil dan perlu berpakaian yang selesa untuk bergerak dan bermain.


Dia turut berpendapat, mengajar anak biarlah seiring dengan umur kerana baginya praktikal tanpa pemahaman juga tidak berguna.

Malah Farah merasakan tahap umur anaknya sekarang perlu dibantu untuk mengembangkan tahap IQ mereka supaya apabila sudah besar nanti anak-anak akan faham dan lebih rasional dengan apa yang patut mereka lakukan.

Entri Farah itu mendapat banyak respon daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya.


Bila kena kecam tak pakaikan anak kecil ikut syariat be like πŸ’…πŸΌ Hiks πŸ˜‹ . Gambar semalam ada few tanya kenapa tak ajar Maream pakai ikut syariat. Tersentap juga mak πŸ˜‚ Maream ni 3 tahun rasanya umur dia, bukan 13, apatah 30 πŸ€ͺ #ommasarcastickasar hehe.. . "Jangan terlalu cepat mendewasakan kanak2. Kita perlu akur yang kanak2 bawah umur tak perlu pakai ikut syariat lagi kan.? Tapi taklah sampai terlalu mendedahkan. 

Tambah kanak2 kuat bermain dan berpeluh, tutup litup, mereka takkan selesa. Kita juga sebenarnya banyak tak selesa, tapi sebab dah besar dan faham jadi kita teruskan. . Saya ada kawan pakai tutup litup dari kecil tapi bila besar buka semula dan lagi bukan main. Saya ada kawan yang sebaliknya. Bagi saya, ajar anak seiring dengan umur. Praktikal tidak bermakna jika tidak diiringi dengan pemahaman. . 


Waktu sekarang, bantu penuhkan perkembangan EQ mereka dahulu, bila besar, EQ stabil, senang faham dan rasional, jadi masa tu, mereka akan tahu bila perlu menjaga aurat dengan rela, bukan pakai kerana terpaksa. Buat sesuatu kerana faham, supaya kemudian tidak mudah terpengaruh orang. . Itu pendapat saya lah. 

Saya tiada masalah dengan orang yang pakaikan pakaian muslimah pada anak2 sejak kecil, kerana itu pilihan mereka :)" . Apa kata kita belajar terima preference orang yang berbeza2, selagi ia tidak melanggar batas agama.? Life is short, learn to tolerate, spread positivity and be nice. Kita enjoy k.? Sambil ingat Tuhan 😊 - Gambar sekadar hiasan hehs . [3years4months] #mareamesabel #ommabebel

Antara netizen yang meninggalkan komen.





No comments

Powered by Blogger.