Header Ads

"Jangan Sampai Peluru Aku Sampai Kat Kau." -Fathia Latiff Trauma, Perlukan 'Bodyguard', Dakwa Diugut Dan Diserang Oleh Samseng Botak..


KUALA LUMPUR: Pelakon Nur Fathia Latiff berkata dia kini trauma selepas mendakwa dia diserang oleh seorang individu berkepala botak lapor Astro Awani.

Menurut Fathia, lelaki itu turut bertindak membaling rantai dan mengugut untuk mencederakan dirinya tanpa sebarang sebab yang diketahui.


Kejadian ini didedahkan oleh Fathia menerusi laman Twitternya pada Sabtu.

“Saya baru sahaja diserang oleh seorang individu berkepala botak, selamat ada parang di belakang kereta. Anda semua perlu berhati-hati.


“Dia cuba mengugut saya dengan berkata, 'jangan sampai peluru aku sampai kat kau'.

"Saya masih trauma,” tweetnya.

Siap baling rantai and hit my shoulder! Ada anak kat belakang pun boleh buat perangai samseng. Entah apa dia ajar anak dia



Tambah pelakon berusia 30 tahun itu, dia mengenali nama lelaki yang menyerangnya itu, namun enggan mendedahkannya atas sebab tertentu.

Lokasi kejadian juga tidak didedahkan.


Fathia juga menyatakan bahawa dia memerlukan khidmat pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan dirinya.

I know his name, but i dont want to mention it, one thing for sure. If u are a guy, act like ONE!

No comments

Powered by Blogger.