Header Ads

“Itu Fitnah, Saya Hanya Tegur Dan Kuis Je”. Noorshila Amin Nafi Tengking Dan Tendang Troli Lana Nodin, Angkat Sumpah Laknat 44 Hari..


Penyanyi popular era 1980-an, Noorshila Amin menafikan tuduhan Lana Nodin yang telah mendakwa dirinya bertindak agresif dengan menengking dan menendang troli di gerai jualan pelakon itu ketika di Singapura hujung bulan lalu.

Menurut laporan Astro Gempak, Noorshila juga mengangkat sumpah laknat menafikan dirinya menggelapkan wang lapan orang artis ketika di Brunei International Grand Festival 2017 pada April lalu.

"Saya bersumpah saya tidak pernah membuat penipuan wang lapan orang artis iaitu Sheila Mambo, Encik Mimpi, Jasmin Ashraff, Rozie Othman, Zul Yahya, Ainina Ahmad B, Liza Abdullah dan Aiman Tino pada bulan April lalu ketika di Brunei.


"Saya juga menafikan dakwaan Lana Nordin bahawa saya telah menendang troli gerai jualannya hingga menyebabkan barangan berterabur ketika di Halal International 2017 di Singapura pada 24 November lalu.

"Saya mengaku memang ada menegur penjaga gerai jualan Lana Nordin dan hanya menguis troli miliknya yang berada di kawasan gerai jualan saya.

"Memang pada malam kejadian saya dan Lana ada bertengkar di hadapan suami saya dan suaminya namun pertengkaran itu tidak menyelesaikan masalah yang berlaku.

"Perkara lebih rumit apabila Roslan Shah merakamkan video live di media sosialnya hingga ramai yang mengaitkan nama saya sekali gus menjejaskan imej dan perniagaan saya," jelas penyanyi lagu Rambu Ramba itu.


Noorshila ditemui pada majlis sidang media khas bersama dua anaknya, Nurrul Admiena Norrizan dan Nurrul Nadia Norrizan di Hartamas, Kuala Lumpur hari ini.

Sidang media itu diadakan bagi menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku antara Noorshila dan Lana ketika di Singapura serta tuduhannya menipu wang lapan orang selebriti ketika di Brunei.


Noorshila mengangkat sumpah laknat sebanyak sembilan kali manakala anaknya, Nurrul Admiena mengangkat sumpah laknat lima kali.

Sumpah laknat Noorshila dibuat atas dua tuduhan iaitu menipu duit rakan selebriti dan fitnah yang disebarkan oleh Roslan Shah.

Noorshila Amin telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis terhadap Lana Nodin dan Roslan Shah berhubung kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga.


Malah, kata Noorshila pihaknya akan menggunakan saluran undang-undang bagi menyelesaikan kemelut antara mereka dan bersedia untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah itu dengan baik.

Noorshila juga tidak meminta ganti rugi atau permohonan maaf daripada individu terbabit sebaliknya meminta agar melakukan perkara yang sama dengan mengangkat sumpah laknat jika yakin berada di pihak yang benar.

"Saya sekeluarga ingin memaklumkan kami tidak menuntut permohonan maaf daripada Lana dan Roslan, rakan peniaga dan artis yang telah menyebarkan fitnah terhadap saya sekeluarga.

"Kami menuntut mereka sama-sama mengangkat sumpah laknat selama tempoh 44 hari supaya membenarkan kata-kata mereka adalah benar dan sekiranya tidak, laknat Allah akan jatuh pada mereka.

"Saya juga merayu kepada Roslan agar berhenti menyebarkan dan menyentuh isu ini atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan reputasi sebagai penyanyi dan peniaga.


"Namun, saya masih terbuka untuk berbincang dan bermaaf-maafan bagi menyelesaikan masalah ini dengan baik," katanya dalam sidang media khas di Hartamas, Kuala Lumpur petang semalam.

Noorshila dan anaknya, Nurrul Admeina Norrizan telah mengangkat sumpah laknat bagi menyangkal fitnah berhubung dakwaan dia menipu wang milik lapan selebriti yang terlibat dalam festival di Brunei pada bulan April lalu.

Kemelut antara Noorshila dan Lana tercetus apabila kedua-dua selebriti itu dilaporkan bertengkar ketika berada di festival beli-belah di Singapura pada hujung bulan lalu.

Perkara menjadi lebih rumit apabila Roslan Shah bertindak campur tangan dalam perbalahan antara Noorshila dan Lana menerusi siri siaran langsung di Facebook peribadinya.

Sumber: Astro Gempak

No comments

Powered by Blogger.