Header Ads

“Isteri Tidak Benarkan Saya Minum Arak Di Rumah, Jadi Saya Tidak Mahu Lagi Pulang Ke Rumah,” 10 Tahun Merajuk Dengan Isteri, Penganggur Ini Jadikan Lapangan Terbang Sebagai Rumahnya..


Gara-gara merajuk dengan isteri, seorang lelaki keluar rumah dan tinggal di lapangan terbang Beijing sejak 10 tahun lalu.

Image result for Wei Jianguo, 53

Suami yang pemalas ini menjadikan lapangan terbang Beijing sebagai rumahnya selama hampir satu dekad sedang 'menikmati' kehidupannya di hab udara kedua paling sibuk di dunia.

Image result for Wei Jianguo, 53

Wei Jianguo, 53, dari Beijing, meninggalkan rumahnya pada 2008 selepas bergaduh dengan isterinya.


“Isteri saya tidak benarkan saya minum arak di rumah, jadi saya tidak mahu lagi pulang ke rumah,” katanya. Dia telah memilih untuk menghabiskan hari dan malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital, yang mempunyai tiga terminal dan mengendalikan kira-kira 9.4 juta penumpang pada 2016.

Image result for Wei Jianguo, 53

Wei yang merupakan seorang penganggur berkata, lapangan terbang itu hangat dan selesa.

Dia berkata dia boleh minum dan makan mengikut kehendaknya, menurut Video Pear.

Tempat tidur Wei.

Related image

Dia juga membina sebuah dapur mudah alih menggunakan periuk elektrik yang dibawa dari rumah.

Rakaman oleh Video Pear menunjukkan Wei menyiapkan tempat tidur di atas lantai menggunakan selimut.


Lelaki itu membawa beberapa barangan keperluan dari rumahnya dan meletakkannya di dalam sebuah troli.

Related image

Sebenarnya, Wei boleh pulang ke rumahnya pada bila-bila masa, tetapi dia sendiri yang enggan.


Dia berkata: "Saya tidak dibenarkan minum di rumah."

Katanya, dia menerima subsidi kerajaan berjumlah sekitar 1,000 yuan (RM620) pada setiap bulan.

No comments

Powered by Blogger.