Header Ads

Instagram Digodam, Janna Nick Luah Rasa Sedih



Isu instagram artis kena hack ini bukan lagi perkara luar biasa sekarang ini. Kalau sebelum ini, yang jadi mangsa Emma Maembong, Wawa Zainal, Samtilla dan ramai lagi artis lain. Tak tahu la nak gambarkan macam mana perasaan bila akaun Instagram yang sudah mempunyai jutaan followers digodam dan bukan lagi milik kita hilang dalam sekelip mata!

Inilah perkara yang berlaku kepada pelakon terkenal, Janna Nick yang menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila akaun peribadinya digodam sejak semalam.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, akaun tersebut tidak boleh diakses dan mengakui berasa sedih serta terkilan berhubung perkara itu.
“Akaun Instagram saya tidak dapat diakses pada petang semalam (Khamis) dan dipercayai digodam.

“Sedih apabila gambar-gambar yang ada hilang kerana di situ laman saya berkongsi banyak perkara dengan peminat.
“Sekarang ini, saya dalam usaha untuk mendapatkan semula akaun tersebut,”katanya memetik mStar Online.

Bagaimanapun, setakat ini di Instagram milik Janna, hanya ada dua keping gambar yang dimuat naik oleh individu yang menggodam akaun berkenaan. Apa pun semoga Janna Nick dapat kembali instagram beliau. 
Penat naikkan follower dari awal kan. Bertabah lah. 

No comments

Powered by Blogger.