Header Ads

“Hasil Ujian DNA Membuktikan Bahawa Bayi Baru Lahir Itu Bukan Zuriat Adik Saya Tetapi Lelaki Lain. Kesian Adik Saya Diperbodohkan Oleh Isteri Sendiri..”



Hancur hati ibu dan keluarga apabila menantu yang disangka baik dan jujur rupa-rupanya sanggup menipu dan memperbodohkan mereka. Hasil ujian DNA membuktikan bahawa anak yang baru saja dilahirkan oleh menantunya itu bukan zuriat anak lelakinya, sebaliknya lelaki lain. 

Sudah dimaklumkan kepada adik mereka, malangnya dia enggan percaya dan mula menuduh adik-beradiknya cemburu dan dengki dengan kebahagiaan mereka. Tiada apa yang dapat mereka lakukan, melainkan berdoa dan berharap isteri kepada adik mereka itu berubah dan bertaubat.


ASSALAM min. Malam semalam baru dapat keputusan darah adik ipar saya dan anak ipar saya. Memang tak sepadan darah mereka.

Mak saya menangis kesedihan mengenangkan penipuan menantunya selama ini. Betullah tekaan saya selama ini. Saya memang dah agak dah sejak dari dulu lagi. Usia perkahwinan mereka baru masuk dua minggu tetapi scan baby dah 11 minggu. Mentang-mentang saya belum berkahwin, sesenang dia nak memperbodohkan saya. 

Ujian DNA telah mengesahkan bahawa anak itu bukan anak kepada adik saya. Dah lama buat ujian DNA ini, lebih kurang sebulan kemudian baru ambil keputusannya. Itu pun kak long yang tolong ambilkan. 

Saya kenal dengan adik saya, dia tidak tergamak nak melakukan perbuatan terkutuk dengan ipar saya sebelum ada ikatan yang sah. 


Saya pernah bertanya kenapa kandungannya disahkan berusia 11 minggu sedangkan mereka baru berkahwin dua minggu? Dia dengan selambanya berkata, mesin scan rosak agaknya. Rasa nak ketuk kepala dia pada masa itu pun ada. Ditanya bila tarikh LMP, dia jawab lain. Tapi di buku merah pula tulis lain.

Kalau saya jahat, awal-awal lagi dah beritahu tetapi memikirkan mereka baru saja mendirikan masjid, saya diamkan sahaja dan tunggu sehingga ipar bersalin. 

Sekarang saya menjadi serba salah nak tunjukkan keputusan darah itu pada adik saya. Sedangkan mak saya menangis, apa lagi adik saya yang terlalu percaya dengan kata-kata isterinya. 

'KORANG DENGKI DENGAN KEBAHAGIAN KAMI'

Adik saya sudah diberitahu mengenai perkara ini, tetapi dia boleh pula kata kami dengki dengan kebahagiaan dia. 

Kasihan adik saya diperbodohkannya dan susah dapat adik ipar yang kuat berlakon seperti ini. Dia tak tahu ke berdosa besar sebab menipu syurga dia selama ini? Sudah-sudahlah berdalih lagi, dan membuat diri tak pernah bersalah di mata adik saya. Bukti sudah ada, kembalilah ke pangkal jalan iparku. Bertaubatlah. 


Saya terfikir, selama ini ipar tak bagi adik saya temankan dia bila masuk dan jumpa doktor, agaknya disebabkan hal ini. Tidak hairanlah bila saya tanya adik, dia kata dia tak tahu sebab ipar saya masuk seorang diri berjumpa dengan doktor. Katanya doktor nak jumpa ibu sahaja. 

Saya hanya mampu berdoa agar dia mengaku kesalahannya dan insaf dari terus menipu suaminya. 


Sumber: Kisah Rumah Tangga

No comments

Powered by Blogger.