Header Ads

'Haram Dan Berdosa Besar Lelaki Berpakaian Wanita,Tiru Gaya Perempuan, Perbuatan Itu Dilaknat Nabi, Walaupun Hanya Untuk Parodi'



Sejak kebelakangan ini, satu trend di mana lelaki menggayakan pakaian wanita dan merakamnya dalam bentuk video untuk tujuan parodi, dilihat semakin menjadi-jadi.

Bukan setakat berpakaian wanita, malah ada lelaki yang sanggup mengenakan solekan semata-mata atas tujuan yang sama, iaitu parodi.


Situasi itu membuatkan seorang personaliti dan penceramah agama, Wan Dazrin Wan Din, merasakan sudah tiba masanya masyarakat mengambil berat perkara ini.

Melalui kemas kini status di akaun Twitter, Wan Dazrin berkata, walau atas tujuan untuk bergurau, lelaki berpakaian atau meniru perilaku wanita adalah dilarang dalam agama Islam.


Maaf. Sy perasan semenjak 2 menjak ni bnyk video parodi lelaki jdi prmpuan

Kalian, Nabi laknat. Bkn dlm umat Nabi. Tiru gaya perempuan. Pakai mcm perempuan dgn sengaja.

Dlm kitab Fathul Bari: At Tobari kata laknat tu means ‘Haram’ & Syeikh Abu Muhammad bgthu ia ‘Dosa besar’ tau https://twitter.com/acap_aan/status/941854011841318912 

"Kalian, Nabi laknat (perbuatan itu). Bukan dalam umat Nabi. Tiru gaya perempuan. Pakai macam perempuan dengan sengaja.

"Dalam kitab Fathul Bari: At Tobari, laknat didefinisi sebagai haram dan Syeikh Abu Muhammad beritahu ia dosa besar," tulisnya.


Peringatan oleh Wan Azrin itu disokong oleh netizen yang menganggap sudah tiba masanya perbuatan itu ditegur.

Kata mereka, agak pelik apabila golongan transgender dikritik hebat oleh netizen namun perbuatan melakukan parodi dibiarkan sahaja atas tiket 'melawak'.


Bagus Da’i Wan. Berani bersuara kerana benar. Kadang nyampah gak ngn orang zaman skrg. Nasihat sikit cakap cepat trigger . Kalau xleh tegur sampai bila islam(melayu) nak maju

Keep it up bos @wandazrin https://twitter.com/wandazrin/status/941969882542784512 



Lawak pun ada batas. Terima kasih atas perkongsian ilmu Da'i Wan.

P/S : Bilangan wanita/perempuan dah lebih ramai dari lelaki.Tak perlu lah kaum lelaki menambah-nambah. https://twitter.com/wandazrin/status/941969882542784512 


Yang peliknya ada yang cakap untuk hiburan tidak mengapa. Adik, pi perbetulkan bacaan al-Fatihah tu dulu!

Terima kasih Da'i Wan! https://twitter.com/wandazrin/status/941969882542784512 


Sejak dimuat naik semalam, status itu telah menerima lebih 36,000 retweet dan 14,000 likes.

No comments

Powered by Blogger.