Header Ads

Gila! Peminat Sanggup Jual Organ, Jual Kereta, Rompak Bank Untuk Beli Tiket Konsert Jelajah Taylor Swift Berharga RM3,260..


Seorang peminat mendedahkan dia sanggup untuk menjual organnnya serta merompak bank untuk menonton konsert jelajah Taylor Swift, Reputation US Tour pada 8 Mei tahun depan.


Peminat setia Taylor Swift itu menerusi akaun Twitternya memberitahu dia sanggup buat apa sahaja termasuk menjual kereta dan membuat pinjaman bank untuk membeli tiket konsert tersebut.


Tiket-tiket sudah mula dijual dan ia menimbulkan kekecohan kerana ramai kalangan peminat merungut disebabkan harga tiket konsert penyanyi itu kali ini dianggap terlalu mahal.

Image result for Taylor Swift, Reputation US Tour

Tiket dijual bermula dengan harga USD800 (kira-kira RM3,260) untuk zon 'Snake Pit' manakala untuk zon VIP berharga USD1500 (kira-kira RM6,112) dan tiket di zon lain USD500 (kira-kira RM2,037).


Meskipun harga tiketnya terlalu mahal, namun ia tidak membantutkan hasrat rata-rata Swifties (gelaran untuk peminat) mahu menonton konsert bintang berpengaruh itu.

Malah peminat nampaknya sanggup melakukan apa saja termasuklah menggunakan semua duit simpanan untuk membeli tiket konsert tersebut.

No comments

Powered by Blogger.